Lain orang yang salah, lain orang yang jadi mangsa!
Itu gambaran tepat bagi menjelaskan situasi yang berlaku di Guar Chempedak menghala Yan, Kedah pada lewat petang Jumaat lepas.
Dalam kejadian tersebut sebuah kereta jenis pacuan empat roda dilaporkan terbabas sebelum melanggar sebuah kereta lain di laluan bertentangan.
Namun yang menjadi isunya disini ialah, kereta pacuan empat roda tersebut terbabas disebabkan mahu mengelak dari melanggar seorang penunggang motosikal yang dipercayai terjatuh di tengah jalan.
Kejadian ini dilaporkan sudah viral di media sosial selepas satu rakaman dashcam Nissan Almera berjaya merekodkan aksi penunggang terbabit sebelum kemalangan tersebut berlaku.
Dalam video berdurasi 53 saat tersebut memperlihatkan penunggang motosikal itu ada membuat aksi ‘wheelie’ beberapa kali di tengah-tengah jalan.
Namun, malang sekali apabila ketika penunggang tersebut ingin membuat aksi berbahaya itu sekali lagi, dia terjatuh ke laluan bertentangan sebelum pemandu Triton kelihatan cuba mengelak daripada melanggar penunggang motor terbabit, sekaligus menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan.
Triton itu kemudiannya dilihat melanggar bahagian kanan Almera tersebut sebelum terbalik.
Bagaimanapun sehingga kini tidak diketahui keadaan pemandu bagi kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Namun gambar penunggang motor tersebut menjadi viral di media sosial sekaligus mendapat kecaman netizen.