Siapa saja yang tak mengamuk bila dapat tahu suami sendiri curang.

Seorang wanita di Mexico dilapor naik angin lepas terjumpa beberapa gambar pasangannya bersama seorang wanita dalam telefon bimbit. Isteri berkenaan kemudiannya mengambil pisau lalu menikam suaminya.
Walau bagaimanapun, sangkaan wanita itu yang suaminya curang meleset sama sekali apabila gambar yang dijumpai sebenarnya adalah gambar mereka berdua yang diambil beberapa tahun lalu semasa mereka sedang bercinta. Ah, sudah!
Menurut portal The Star, kejadian itu berlaku di Sonora, Mexico semalam selepas suspek yang hanya dikenal pasti sebagai Leonora N telah terjumpa beberapa keping gambar suaminya bersama seorang wanita lebih muda dalam telefon bimbit milik lelaki itu.
Suami mangsa, Juan N dilapor berjaya merampas pisau terbabit daripada isterinya. Walaupun cedera ditikam, dia sempat menerangkan kepada isterinya itu yang wanita lebih muda dalam gambar-gambar tersebut adalah foto Leonora N sendiri yang diambil semasa pasangan itu masih muda.
Difahamkan, Juan N telah memasukkan gambar-gambar lama dia dan isterinya dalam telefon bimbitnya sebagai tanda kenangan.
Bagaimanapun, Leonora N telah ditahan pihak berkuasa daerah Cajeme, Sonora, Mexico selepas mereka mendapat laporan daripada jiran-jiran yang terdengar pasangan itu bertengkar.
Macam mana lah dia boleh tak perasan gambar tu sebenarnya diri sendiri? Nasib baik tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber: The Star
Baca: Angkara Cemburu! Suami Cekik Isteri Sampai Mati Sebelum Minum Racun