in

Angkara Cemburu! Suami Cekik Isteri Sampai Mati Sebelum Minum Racun

Curang2 E1611457208358

Angkara cemburu didakwa isteri ada hubungan sulit dengan lelaki lain telah mendorong seorang lelaki 40-an mencekik isterinya sampai maut.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku sekitar jam 12 tengahari di Kampung Liak, Pos Brooke, Gua Musang semalam.

Difahamkan punca kejadian berlaku akibat ada perselisihan faham antara mereka. Selepas pembunuhan mangsa yang juga etnik Orang Asli, Huda Sudin, 38, lelaki tersebut bertindak meminum racun rumput untuk bunuh diri.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, suspek dikatakan marah kerana mendapat tahu bahawa isterinya ada hubungan dengan lelaki lain.

“Menurutnya lagi, isterinya sering kali melakukan hubungan dengan lelaki itu yang juga dari kampung sama. Selepas mencekik isterinya hingga mati, suspek keluar membeli minuman keras dan minum supaya mabuk sebelum meneguk racun rumput bertujuan membunuh diri.”

Katanya lagi, suspek dibawa ke klinik dan dalam keadaan stabil manakala mangsa pula dirujuk ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses bedah siasat.

Suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

 

Baca : “Rasa isteri jauhkan diri” – Percaya Isteri Curang, Suami Bunuh Isteri Sebelum Larikan Diri Ke M’sia

Bunuh