Ramai antara gadis pasti pernah berangan-angan untuk berjumpa dengan Prince Charming seperti dalam kisah dongeng.
Namun untuk Puteri Najuwa, angan-angan itu seperti menjadi realiti apabila suaminya menghadiahkannya seekor kuda putih untuk hari jadinya.
Berkongsi berita gembira itu di TikTok miliknya, pelakon Kekasih Paksa Rela itu menyifatkan hadiah tersebut sebagai hadiah hari jadi dari suami yang paling bermakna untuknya.
Artikel berkaitan: “Haritu ikut tabligh” – Berpelukan Dengan Intan Najuwa, Netizen Terkejut Lihat Aksi Aliff Aziz?
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kuda Belang Terlepas Dari Zoo Di Seoul, Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebaliknya
@intannajuwaaa The best birthday gift ever from Husband 🥺💝 Welcome to the fam bam, Trulala 🐎
“Hadiah hari jadi terbaik dari suami. Selamat datang ke dalam keluarga kami, Trulala,” tulisnya di kapsyen.
Dalam video berkenaan, dapat dilihat suami Intan Najuwa, Datuk Ahmad Azraf Azman membelai kuda tersebut dan Intan berdiri di sampingnya, difahamkan kuda berwarna putih itu diletakkan di Royal Selangor Polo Club, Kuala Lumpur.
“Another level ni!”
Perkongsian Intan Najuwa itu menarik perhatian netizen kerana hadiah itu sememangnya tidak murah dan sesuatu yang sangat luar dari jangkaan.
Malah, ada juga yang mengatakan hidup Intan Najuwa seperti di dalam cerita dongeng dan ramai juga yang mendoakan pelakon kecil molek itu sentiasa berbahagia dalam rumah tangganya.
Macam dunia khayalan dunia impian…
Sumber: TikTok