in

[VIDEO] Kuda Belang Terlepas Dari Zoo Di Seoul, Rupanya Ada Kisah Sedih Di Sebaliknya

Kuda Belang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seekor kuda belang terlepas dari zoo kanak-kanak di Seoul, Korea Selatan.


Aksi kuda belang yang berusia tiga tahun itu berlari-lari di sekitar bandar raya Seoul telah sempat dirakam oleh penduduk setempat di bandar raya berkenaan.

Kuda belang yang terlepas dari zoo itu mengejutkan ramai warga Seoul apabila ia memasuki kawasan perumahan penduduk berdekatan.

Escaped zebra captured after wandering Seoul streets for 3 hours

WATCH: A zebra that had escaped from a zoo in Seoul was caught after wandering the streets of the South Korean capital for three hours. Read more: https://cna.asia/3nfeBfh (Video: Seoul Gwangjin Fire Station via Reuters)

Posted by CNA on Thursday, March 23, 2023

 

Menurut pegawai zoo terbabit, kuda belang yang dinamakan Sero itu mengalami perubahan sikap setelah kematian ibu bapanya.

Kuda belang yang lahir pada tahun 2019 itu berjaya ditangkap semula oleh pihak berkuasa selepas tiga jam ia merayau di dalam bandar.

Kuda Belang 1

Menurut pihak zoo juga, haiwan berkenaan sering bergaduh dengan kangaroo yang berada berdekatan dengan kandangnya di zoo itu selepas kematian ibu bapanya.

Selain itu, dia juga enggan memakan lobak merah dan epal kegemarannya sejak kejadian itu juga.

Kuda Belang 2

Mungkin dia sedih sangat kot dengan pemergian mak ayahnya, sebab itu sikapnya pun berubah. 

Difahamkan, kuda belang ini berjaya meloloskan diri dengan cara merempuh pagar kayu di yang mengelilingi kandang haiwan terbabit.

Kuda Belang 3

Selepas berjaya keluar dari zoo itu, kudang belang berkenaan telah merayau-rayau di dalam ibu kota negara itu dan ia telah mengejutkan ramai pengguna jalan raya dan penduduk sekitar sehingga ada yang menyifatkan mereka seperti sedang menonton dokumentari haiwan di saluran Nat Geo Wild.

Setelah ditemui, haiwan itu telah ditembak dengan pelali agar ia boleh ditangkap dan dibawa pulang semula ke zoo dengan selamat.

Kini, ia telah berada dalam keadaan yang selamat di zoo tersebut.

Sumber: CNA, The Washington Post

Baca: “Kami pun tak berani”- Doktor Veterinar Tegur Sikap Ibu Bapa Bagi Anak Main Dengan Monyet Liar

Ft Monyet Liar Kacau Kanak Kanak 1

Sumber: CBS News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.