in

“Lain betul mukanya” – Ramai Terkejut Tengok Penampilan Mamat Exist Sekarang

Mamat Exist Terkini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat 90’s babies, lagu-lagu seperti Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara serta Salju Di Danau Rindu menjadi siulan ramai pada ketika itu, kesemua itu adalah lagu daripada kumpulan rock kapak, Exist.

Pada ketika itu, vokalis kumpulan tersebut ialah Mohd Ali bin Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Mamat Exist.


Mempunyai suara yang cukup lunak dan power, Mamat menjadi satu fenomena satu masa dahulu terutama sekali buat para remaja dalam tahun 90-an hingga ke awal 2000.

Mamat sebelum ini terpalit dengan isu dadah dan terpaksa menghilangkan diri sebentar dari dunia seni, namun pada tahun 2014, dia membuat comeback dengan menyertai pertandingan nyanyian Astro dan berjaya mendapat tempat ketiga.

Pun begitu, sebuah video tular di TikTok yang memaparkan rupa fizikal terkini Mamat yang kelihatan agak berbeza.

@mansiputsedut

untuk castamer warung siput sedut jb tampoi

♬ Untukmu Ibu – Alqibni

Perkongsian @warungsiputsedut itu memaparkan Mamat sedang menyanyikan lagu Untukmu Ibu buat peminatnya tetapi fizikalnya kelihatan sangat kurus dan tidak berapa sihat.

“Doakan je lah yang terbaik” 

Rata-rata netizen terkejut dengan rupa terbaru pelantun lagu Untukmu Ibu itu, ramai yang mendoakan agar Mamat Exist sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Cats 46

Tidak kurang juga yang berterima kasih kepadanya kerana pernah menyinari kehidupan mereka pada satu ketika dahulu dengan suaranya yang sangat merdu.

Harap Mamat sihat-sihat selalu…

Baca: “International terus!” – Kedai Kebab Jepun Pasang Lagu Mengintai Dari Tirai Kamar Dapat Perhatian Netizen

3Kebab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.