in

“Lahh sebijik” – Digelar Seo Jin Malaysia, Netizen Kongsi Video Syafinaz Nyanyi Lagu Tema ‘The Penthouse’

Seo Jin Malaysia Syafinaz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat drama Korea ‘The Penthouse’ daripada season 1 hinggalah 3, korang mesti kenal dengan watak antagonis drama ini iaitu Cheon Seo Jin seorang penyanyi soprano.



Sebagai penyanyi soprano, ada banyak lagu yang dinyanyikan Seo Jin dalam drama ni tapi satu lagu yang melekat dalam kepala peminat k-drama pastinya lagu Queen of the Night iaitu muzik klasik berbahasa Jerman yang dicipta Mozart.

Seo Jin Jadi Penguasa Sma Seni Cheon A Di Episode 16 The Penthouse Uf1Yrsmjlz

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah menyamakan penyanyi soprano negara kita, Datuk Syafinaz Selamat dengan watak Seo Jin apabila dia menyanyikan lagu tersebut.

Nah korang tengok power ooo Syafinaz nyanyi lagu ni! 

@zumujahid_zack

Reply to @indraaazsa malaysia kita pun padu gak🔥 #fyp #fypシ #fypyourpage #fypppp #foryou

♬ Die Zauberflöte, K. 620, Act 2: Queen of the Night Aria. “Der Hölle Rache kocht in meinem Herzen” (Königin) – Diana Damrau

Apa yang lebih menarik, bukan persembahan dia saja yang dekat-dekat nak sama dengan Seo Jin, wajah Syafinaz juga menurut netizen dah memang ada iras-iras Seo Jin. Wow baju pun nak sama color! 

155052935 1048096692344095 7939553364864915348 N

 

“Seo Jin Malaysia” 

Video nyanyian Syafinaz telah mendapat pujian netizen dan rata-rata mengagumi suara penyanyi tersebut.

Soprano

Harap-harap Seo Jin ni tak adalah watak kembar ye. Penat dah admin tengok Penthouse ni watak dia semua ada kembar belaka. 

Baca: Viral Tentang Ura-Ura Park Seo Joon Bakal ‘Join’ Captain Marvel 2, Peminat KDrama Excited!

Marvel

Sumber: Remaja
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.