in

“Lagu legend ni!” – Netizen Teruja Dengar Anak Tomok ‘Belanja’ Lagu New Boyz

Page Tomok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peminat-peminat lagu dari era 1980-an sampai 1990-an, mesti familiar dengan kumpulan jiwang kapak New Boyz, Ukays, Exist dan banyak lagi kan?  Senang cakap, lirik lagu diorang semua memang auto buat orang menangis.


Kalau selalu dengar lagu dari New Boyz mesti dah biasa dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang dan juga lagu Meraung yang sering dinyanyikan di pusat karaoke. Rambut belah tengah Tomok memang jadi ingatan!

Baru-baru ni, Tomok ada memuat naik video di TikToknya @tomoknewboyz yang mana dia merakam aksi anak sulungnya, Arrian, ‘belanja’ lagu Meraung. Difahamkan video yang sama juga turut dikongsikan di Instagram miliknya.

@tomoknewboyz

terkejut ayah dengar arrian hafal lagu ayah ?

♬ original sound – TOMOK

“Ni version newbornz ni!”

Walaupun video tersebut hanya dirakam selama 42 saat, tapi bahagian korus lagu yang dinyanyikan oleh anak Tomok itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata teruja kerana anaknya mampu mengikut rentak lagu dengan baik.

“Cerah industri muzik malaysia kalau ginii. Arrian teruskan legasiii!” – Komen netizen

Tak kurang juga yang request untuk Tomok melakukan kolaborasi duet menyanyikan lagu tersebut dengan anaknya memandangkan lagu tersebut antara lagu popular yang pernah dinyanyikan oleh New Boyz.

Komen Full

Jelas di bahagian komen yang lagu Meraung ni selalu jadi pilihan orang ramai untuk didengar dan juga dinyanyikan. Sampaikan ada lagi yang ingat lagu ni ditujukan kepada ex partner masing-masing! Amboi, bukan main lagi eh…

Walaupun min jarang dengar lagu New Boyz ni, tapi bila masuk je intro diorang terus terbayang gaya rambut Tomok. Memang legend lah!

Baca: “Pahit untuk ditelan” – Tomok Kongsi, Hanya Dapat RM19.06 Royalti Dari 2013-2021

Untitled 3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.