in

“Dah membazir 2 hari” – Isu Kes Tuntutan Tanah Selesai, Aishah Ralat Penaja Rupanya Muflis

Ft Aishah Menang Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 5 tahun, akhirnya kes mengenai tuntutan tanah lot banglo bekas juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4), Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57 pada tahun 2017 akhirnya selesai.



 

Menang kes

Memetik laporan Harian Metro, Aishah menyatakan bahawa dia terpaksa bawa kes ini ke mahkamah biarpun pada awalnya dia rasa enggan, bagaimanapun dia mahu menuntut hak yang dijanjikan.

“Sebenarnya kalau ikut hati saya tidak mahu kes ini di bawa sehingga ke mahkamah tapi apabila saya cuba berunding dengan pihak penaja terbabit selepas lapan bulan dari tarikh kemenangan, mereka minta diberikan masa.”

“Saya tunggu dan beri masa lebih kurang enam bulan. Malangnya ketika saya hubungi selepas itu tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan sehingga terpaksa teruskan kes ini di mahkamah. Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja tunaikan apa dijanjikan.”

Aishah turut menegaskan bahawa tiada istilah tamak kerana dia hanyalah ingin menuntut hadiah yang sepatutnya diberikan kepadanya.

“Ini bukan cerita mengenai tamak atau minta melebihi apa yang dihebahkan. Apa hadiah yang dikongsikan itu saja yang kami tuntut. Malangnya perkara ini perlu berjalan selama bertahun-tahun dan akhirnya baru selesai. Saya harap apa yang berlaku ini menjadi peringatan kepada semua pihak yang berkenaan.”

Aishah sebelum ini ada muat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.

Peguam yang mewakili Aishah iaitu Mohammad Izwan Azmi menjelaskan, pihak penaja hadiah berkenaan tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri.

Penaja muflis

Aishah menerusi Instagram menjelaskan bahawa dirinya agak ralat apabila dapat mengetahui bahawa penaja tersebut rupanya dah muflis sejak tahun 2018.

“Saya buat semua ini supaya bakal-bakal penaja tunaikan apa dijanjikan. Salah satu yang kita ralat adalah defendan ketiga adalah seorang yang muflis daripada tahun 2018.”

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Bagaimanapun timbul isu apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo itu.

Baca : “Bertudung bukan perkara main-main” – Penyanyi Aishah Cerita Pernah Ragu-Ragu Waktu Mula Bertudung

Aishah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.