Lagu Baru Nyanyian Achey Ni Akan Buat Semua Makcik Bawang Sentap!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Semua pun tau kan yang Achey sebelum ni pernah keluarkan lagu bertajuk Yang Terindah dan mendapat sambutan hebat dengan jumlah views sebanyak lebih dari 21 Juta! Wow!

Kali ni, Achey sekali lagi mengeluarkan single terbaru dengan genre rap yang akan buat makcik bawang sentap! Lagu yang berjudul Makcik Bawang ni ditulis sendiri oleh Achey dan komposer pulak ialah Achey dan Tripdisz.

Sumber: Instagram

 

Lagu ni pasal makcik bawang



Korang kena dengar lirik lagu Makcik Bawang ni. Menusuk dan memang tepat menggambarkan makcik-makcik bawang yang memang banyak dekat Malaysia ni dan sering marah-marah untuk tegakkan benang yang basah.

Antara lirik lagu Achey,

“Eh betul lah, apa pulak tak betul, cerita dia je betul, yang tak sahih pun betul, yang tak betul pun betul?”

“Yang sini nak bincang, yang sana nak sembang, yang sini dah bengang, yang sana nak menang.”

Nampak tak betapa lirik ni memang kena sangat dengan makcik bawang!



For sure, makcik bawang kalau dengar lagu ni memang akan berasap je telinga. Lagu ni dah available dekat YouTube sejak 16 April dan dapat sebanyak 225,823 views buat masa ni.

 

Ada yang kata okay, ada yang tak suka

Lagu ni pun nampaknya banyak jugak dapat komen yang positif daripada para pendengar. Majoriti memang tepuk tangan sebab lagu yang dihasilkan oleh pelawak ni ada lirik yang bermakna buat pendengar especially untuk makcik bawang!

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Tapi dalam yang meminati, tak kurang jugak yang tak berapa nak gemar lagu macam ni. Kata mereka, lagu ni takde makna dan merosakkan industri muzik tanah air. Ada jugak yang kata lagu ni tak sedap untuk dengar.

Sumber: YouTube
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram

Tak kisahlah sedap ke tak, masing-masing ada pendapat sendiri pasal lagu baru Achey ni. Kalau yang suka tu, teruskan mendengar, yang tak suka pulak dengan lagu Makcik Bawang ni, tak payah dengar di YouTube. Kalau dipasang kat radio, tukar siaran lain. Jom kita kurangkan negativity dan lebihkan aura positif supaya boleh kurang golongan yang suka membawang.



Siapa makan cili dialah yang rasa pedasnya!

Baca: “Nazim takyah nyanyi lah, pakai mekap bagai” – Ramai Cakap Nazim Othman ‘Try Hard’ Cover Lagu Dimatamu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.