in

Lagi Kes Polis ‘Pow’ Orang, Minta RM 20K Kalau Tak Nak Ditangkap Beli Nombor Ekor

Pow2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lagi kes polis memeras ugut orang awam! Kejadian kali ini di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Buloh. Dua anggota polis yang dikatakan dari balai Sri Hartamas itu menahan lelaki berusia 57 tahun ketika ingin pulang ke rumahnya di Cameron Highland pada 6 petang 21 Disember lalu.


Dia ditahan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Sungai Buloh. Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua anggota polis itu kemudiannya memeriksa telefon bimbit mangsa dan ingin menahan kerana membeli nombor ekor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa diarahkan untuk bayar suspek sebanyak RM 20,000 jika ingin dilepaskan.

 

Mangsa meminta dilepaskan sebelum suspek mengarahkan dia membayar RM20,000, namun lelaki itu memberitahu hanya mampu memberi RM4,000 sahaja tetapi mereka mahu diberi RM5,000.”

Eqeru1Uvgaew0 Y

Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah stesen minyak untuk mengeluar wang sebelum dilepaskan.

“Bertindak atas laporan itu, pada 2 petang Khamis lalu, polis menahan suspek pertama berusia 30 tahun di kawasan Sri Hartamas, Kuala Lumpur bersama sebuah kereta MPV polis dan wang tunai RM2,500.”

Siasatan seterusnya menahan suspek kedua berusia 38 tahun pada 9 malam di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

“Suspek kedua juga memiliki rekod jenayah lampau berkaitan Seksyen 395 Kanun Keseksaan namun sudah dituduh dan keputusan dia dibebaskan,” katanya.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan direman tiga hari bermula 25 hingga 27 Disember lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

 

Baca : Lepas ‘Pow’ RM1,250, Polis Cabul & Paksa Pasangan Kekasih Lakukan Seks Sambil Diaorang Rakam

Pow

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.