in

Lagi Kes Makan Makanan Beracun, Kali Ini Remaja 13 Tahun Nyaris Maut Termakan Biskut Dicampur Racun

makan biskut beracun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita sedih tentang dua beradik berusia tiga dan dua tahun, Muhammad Akil Shauqi dan Muhammad Luth Shauqi yang dilaporkan maut selepas termakan jajan mengandungi racun di Kulim, Kedah.

Semalam, seorang pelajar berusia 13 tahun pula dilaporkan pengsan selepas termakan biskut yang dicampur racun di sebuah kebun pisang, dekat Kampung Air Puteh, Chukai, Kemaman.


41720954096 TBBISKUTRACUN

Artikel berkaitan: “Hilang sudah kesakitannya” – Kes Keropok Beracun, Adik Pula Meninggal Dunia

Artikel berkaitan: Pengendali ‘Pest Control’ Kongsi Bahaya Guna Racun Furadan & Cara Lebih Elok Untuk Halau Kera

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika mangsa bersama seorang rakan masuk ke sebuah kebun pisang dan kelapa milik seorang penduduk kampung untuk memancing.

Mangsa kemudian dikatakan telah memakan sekeping biskut yang dipercayai dicampur racun untuk menghalau kera dan beruk yang digantung di atas sebatang kayu di kebun tersebut.

Kira-kira jam 1.45 petang, Mohd Daynail Haikal Alias telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman selepas pengsan ketika dirawat di Klinik Kesihatan Air Puteh.

Menurut bapa mangsa, Alias Saras, 57, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak keempat dari lima beradik itu selepas diberitahu isterinya, Roslina Ahmad, 52.

Katanya, selepas makan makanan itu, anaknya pengsan sebelum dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.

biskut

Walau bagaimanapun, dia bersyukur anaknya kini semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Hanyan Ramlan mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4 petang dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semoga adik ini beransur pulih seperti sediakala. Hati-hati ya korang kalau terjumpa makanan dekat dalam hutan ke, kebun ke. Elok bertanya dulu sebelum makan. 

Sumber: Buletin TV3, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.