in

Lagi Kes Dera Di Taska, Pengasuh Tampar & Tekup Bayi Hingga Lebam

Lagi Kes Pengasuh Dera Bayi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes dera dalam kalangan kanak-kanak makin menjadi-jadi apabila tular lagi sebuah video yang memaparkan seorang pengasuh wanita dirakam menganiaya seorang bayi dipercayai berlaku di Batu Caves, Selangor.


Dalam video yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu, pengasuh terbabit beberapa kali menampar dan menekup muka bayi berkenaan dengan bantal.

Menurut sumber, ibu bapa bayi malang itu diberitahu kononnya anak mereka mengalami kesan lebam yang berpunca daripada sikap kasar kanak-kanak lain di situ.

Namun, pemeriksaan rakaman CCTV di taska berkenaan mendedahkan bahawa bayi terbabit telah dikasari berulang kali oleh pengasuh itu. Bukan itu saja, pengasuh tersebut sanggup menutup wajah bayi itu dengan bantal sebelum keluar meninggalkan bilik.

Screenshot 2023 06 02 173920

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung kes tular berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta hadir ke balai berhampiran untuk membuat laporan.

Terdahulu, tular satu kes penderaan bayi yang turut dilaporkan berlaku di sebuah taska yang terletak di Johor memaparkan seorang pengasuh wanita mengasari dua bayi dengan menepuk kepala mangsa dan meniup muka mangsa yang sedang menangis.

Kes itu juga mendedahkan bahawa taska terbabit sebenarnya beroperasi secara tidak sah dan telah ditutup serta-merta.

Kalau tiada sifat sabar, kenapa masih lagi nak jadi pengasuh?

Baca: Tular Video Pengasuh Taska Di Johor Tekap & Hempas Bayi, Suspek Kini Ditahan
Pengasuh Dera Bayi

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.