in

“Ladang Pembunuhan Belle Gunness” – Perempuan Licik, Bunuh Semua Orang Yang Datang Ke Rumahnya

8.02

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kahwin dan bunuh, umpan dan bunuh. Ini kisah Belle Gunness, perempuan licik yang mendapat gelaran ‘The Black Widow’ kerana semua yang berada di rumahnya mati. Bukan Ju-on, tu seram sangat.


8.1

Imigran dari Norway

Belle merupakan anak kepada Pal Pedersen Storseth dan Berit Olsdatter Storseth. Dia dilahirkan pada 22 November 1859 di Selbu, Norway. Pada 1881, Belle telah merantau dan menetap di US untuk mencari ‘rezeki’.

Maka, bermulah misteri kehilangan orang-orang yang datang ke rumahnya.

Siri pembunuhan Belle ni aktif antara tahun 1884 hingga 1908 di Illionis dan Indiana, US di mana selepas kebakaran rumahnya yang kedua, dia dipercayai hilang tanpa jejak.

Pembunuhan Belle terdedah lepas polis terjumpa banyak mayat yang tertanam dan tertimbus di tapak kebakaran sekitar rumah dan ladang miliknya.

Sebanyak 14 kematian dikaitkan dengan Belle di mana hampir kesemuanya telah diumpan untuk datang ke rumah ladangnya yang terletak di kawasan pedalaman di mana dia telah menjanjikan perkahwinan kepada mangsa. Tapi, ada spekulasi mengatakan yang dia telah membunuh sebanyak 40 orang.

 

Suami pertama : Mads Anton Sorenson

8.2

Semasa Belle di Indianna, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki Swedish, bernama Mads Anton Sorenson lalu mereka berdua pun berkahwin.

Kemudian, pasangan tersebut membuka perniagaan gula-gula. Awalnya, kedai mereka mendapat sambutan yang baik namun beberapa bulan kemudian, jualan mereka agak perlahan.

‘Malang’ menimpa, kedai gula-gula mereka terbakar hangus tapi jangan risau! Dorang dapat claim insurans!

Dalam masa yang sama, Mads telah membeli 2 polisi insurans nyawa selepas berkahwin dengan Belle. Insurans yang kedua Mads beli sebab polisi insurans yang pertama dah nak expired. So, dua-dua insurans dia aktif.

Pastu, dalam tempoh kedua-dua insurans dia aktif, Mads mati!

Of course Belle disoal siasat sebab musykil sangat Mads mati dalam tempoh dua-dua insurans dia aktif.

Belle beritahu polis, pada hari itu Mads balik kerja dan mengadu sakit kepala. Selepas itu, Belle telah memberikan dia ubat untuk mengurangkan sakit kepalanya.

Kemudian, ketika Belle datang semula untuk melihat keadaan Mads, Mads telah mati. Kematian Mads diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat kegagalan jantung.

Keluarga Mads Anton tak percaya dia mati kerana kegagalan jantung. Dorang selidik lagi dalam, dorang dapat tau yang Belle dapat pampasan untuk kedua-dua insurans nyawa Mads!

Tak lama lepas kematian Mads, rumah dorang pula terbakar! Agen insurans be like…

Giphy

Tapi Belle berjaya juga dapat pampasan dari kebakaran sebab siasatan tak kesan apa-apa.

Selepas insiden tu, Belle pindah ke Indiana dan disitu dia jumpa dengan Peter Gunness. Mereka berdua pun kahwin.

 

Suami kedua : Peter Gunness

8.7

Kat Indianna, Belle beli satu ladang besar.

Pada tahun 1904 pula, pasangan suami isteri tu telah membuka perniagaan pasaraya tempatan menjual barang-barang seperti daging dan keperluan asas.

8.5

Malangnya, perkara sama juga berlaku macam perniagaan pertama Belle dengan mendiang suaminya dulu. Awal-awal dapat sambutan, lama-lama makin jualan makin merosot.

Pada satu hari, masa Peter jalankan rutin seperti biasa kat kedai dia, mesin pengisar daging jatuh kat kepala Peter. Ya, Peter mati dengan kepalanya hancur. Berat mesin tu!

Belle cakap dia tak pasti macam mana mesin tu boleh jatuh dan kematian Peter juga diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Ok, perkahwinan kedua ni Belle dapat tiga orang anak, Philip, Myrtle, Lucy, dan seorang lagi anak angkat, Jenny Olsen.

8.0

Ini pula gambar Jenny Olsen

8.6

Tahun 1906, Jenny hilang. Laporan bukan dibuat oleh Belle tapi orang sekitar kawasan tu. Dorang risau sebab dah berminggu tak nampak dia. Dorang kata lagi yang setiap hari dorang nampak Jenny, memang pelik tiba-tiba dia hilang.

Polis datang ke rumah Belle untuk menyiasat dan Belle dengan yakin bagi tau polis yang dia hantar Jenny ke Los Angeles untuk habiskan pelajaran kat sana. Sebabkan keyakinan tu, polis tak rasa sangsi dengan apa-apa. Dorang pun pergi.

 

Belle cari pasangan secara terbuka guna iklan

8.8

Iklan ni berjaya tarik beberapa orang lelaki, antaranya ialah Andrew Helgelion. Belle pujuk Andrew untuk duduk sekali kat rumah ladang dia dan akhirnya pada January 1908, lelaki tu pindah juga situ.

2 minggu selepas dorang duduk bersama, Belle ajak lelaki ni pergi Saving Banks La Porte, untuk buat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan, LAGI.

Beberapa hari selepas dapat cek dari bank, Andrew HILANG. Abang Andrew pelik sebab Andrew tak balas surat dia berminggu-minggu.

Dia tulis surat kat Belle tanya keberadaan adik dia. Kemudian Belle balas jemput abang Andrew datang ke rumah ladang tu!

Giphy

 

28 April 1908, rumah Belle terbakar lagi

Terkejut, rupanya banyak mayat kat situ!

Dalam rumah yang terbakar, polis jumpa 4 mayat, 1 wanita tanpa kepala dan 3 orang kanak-kanak. 3 orang kanak-kanak tu adalah anak-anak Belle. Tapi polis sangsi dengan mayat wanita tanpa kepala tu.

Tak dapat dipastikan sama ada itu mayat Belle atau tak sebab DNA tak dapat kesan.

Polis telah menahan seorang suspek lelaki yang dipercayai telah membakar rumah Belle, Ray Lamphere.

8.9

Ray mengaku tak bersalah atas kesalahan membunuh Belle dan anak-anak tapi mengaku telah membakar rumahnya.

Dakwanya, dia tahu kerja kotor Belle tapi dia tak tau secara terperinci. Ini kerana, Belle selalu mengupah dia untuk mengorek lubang di kawasan ladangnya tapi Ray tak pernah tanya kenapa dan untuk apa.

5 May di tahun yang sama, polis telah menjumpai mayat-mayat manusia yang telah dipotong, ada yang reput, dan ada tulang-tulang manusia.

Antara mangsa yang dikenal pasti adalah Jenny Olsen dan Andrew Helgelion.

Belle disahkan mati dalam kebakaran tersebut walaupun dapatan DNA tak dikenalpasti. Namun, beberapa bulan selepas disahkan mati, ada saksi mengatakan terlihat Belle di Chicago.

Persoalannya,

Siapa mayat wanita tu tanpa kepala tu?

Kebetulan ke hari yang Belle jemput abang Andrew rumah tu terbakar?

Belle mati atau berjaya hilangkan diri?

Semua ni masih misteri.

 

Sumber : wikipedia , horror history , biography

 

Baca : Perangkap Si Tampan! Ini Kisah 4 Pembunuh Bersiri Yang Gunakan Wajah Untuk Perangkap Mangsa

8.3

 

Sumber: Google
Sumber: Google
Sumber: Google
Sumber: Google
Sumber: Google
Sumber: Google
Sumber: Facebook
Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.