in

“Kurma pun boleh jadi isu?” – Pengguna Facebook Dedah Produk Kurma Dijual Bukan Islam, Netizen Jadi Panas

Untitled Collage 2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak sebenarnya khasiat kurma, sehingga ia disebut beberapa kali dalam Quran dan juga turut digemari oleh Nabi Muhammad SAW.


Di Malaysia, kurma atau tamar akan menjadi makanan rasmi masyarakat Islam negara ini setiap kali menjelmanya bulan Ramadhan.

Semakin banyak aneka kurma dilihat di pasar raya, adalah petanda semakin hampirnya Ramadhan dengan kita.

Pada bulan mulia itu jugalah, dapat kita lihat gambar-gambar kurma dihidangkan bersama lauk-pauk lain — atau sekadar gambar dua tiga kurma yang tinggal bijinya sahaja, dipapar untuk tontonan umum berserta kapsyen ‘done sahur’ atau ‘done iftar’.

 

Kurma dijual bukan Islam?

Baru-baru ini, heboh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook mendakwa satu produk kurma dijual oleh syarikat yang dimiliki oleh orang bukan Islam.

Wan Zafran 1

Netizen kemudian menyiasat lebih lanjut, untuk memastikan dakwaan tersebut dan ada yang turut memaparkan beberapa maklumat sebagai bukti — syarikat tersebut memang dimiliki oleh bukan Islam.

Kurma 4

Posting yang dibuat itu lantas mengundang maklum balas yang pelbagai daripada pengguna Facebook yang lain.

Ada yang tidak melihat ia sebagai isu monopoli satu-satu bangsa dalam perniagaan produk Islam dan mempersoalkan “Apa salahnya?”

Kurmanet 8

Kurmanet 1

Kurmanet 5

Ada juga yang mengambil pendekatan menjaga prinsip halalan toyyiban dalam setiap unsur makanan yang masuk ke badan manusia.

Ini tidak dinafikan, kerana syariat Islam sendiri meletakkan piawaian tinggi dalam menentukan sesuatu makanan atau minuman itu halal atau haram.

Konsep ini tidak hanya berkisar kepada halal haramnya sesuatu makanan, malah ia bersifat holistik seperti makanan itu mesti dipastikan tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai dan bagaimana proses keseluruhan penyediaan sesuatu makanan itu — bersih atau tidak?

Kerana apa yang kita makan, akan menjadi darah daging kita.

Kurmanet 6

Tidak kurang, ada juga yang mencadangkan penyelesaian kepada punca kekhuatiran masyarakat –seperti isu produk Islam yang dijual bukan Islam.

Kurmanet 4

 

Bukan sekali dua kita dengar kempen memboikot kurma dijalankan. Kurma Iran, kurma yahudi — semuanya kita boikot.

Agak renyah sebenarnya untuk kita memastikan setiap produk yang diletakkan di rak-rak pasaraya adalah hasil keluaran orang Islam sendiri, kerana terdapat beberapa kes melibatkan syarikat bukan Islam menggunakan nama Melayu dan berunsur Islamik pada produk mereka.

Malah ada juga yang menggunakan logo halal palsu dan tidak sah.

Sardin Cap Kampung Bongek misalnya, terus kita sangka ia produk Melayu Bumiputera.

Roti Cap Masjid Simpang, kita sangka produk Melayu Islam.

Lalu bagaimana?

Kalau mengikut maklum balas daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, begini jawapannya:

Mufti

Syarikat berkenaan juga, difahamkan telah mengeluarkan satu kenyataan seperti yang dipost oleh seorang pengguna Facebook — untuk memberi penjelasan berhubung kekeliruan yang berlaku.

Allkurma

Tepuk dada, tanyalah selera. Hendak lagi afdhal, lanjutkan saja pertanyaan kepada yang arif dalam bidangnya.

 

Baca: 7 Perangai Orang Malaysia Kat Bazar Ramadan

Bazar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.