in

“Kuning-kuning comel”- Berketinggian 105cm, Ini 8 Fakta Menarik Yang Korang Tak Tahu Tentang Minions

F3 Mrog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, filem animasi terbaru iaitu Minions: The Rise of Gru telah mula ditayangkan di Malaysia dan ramai ibu bapa dan anak-anak yang excited nak tonton filem tu di pawagam sebab Minions kuning tu kan comel.


Oleh itu, kali ini min nak kongsikan dengan peminat-peminat Minions tentang beberapa fakta menarik atau fun facts tentang watak comel berwarna kuning itu. Barulah lebih dekat dengan Minions kan.

#1 Minions memiliki ketinggian sekitar 105 cm 

Kebanyakan Minions memang pendek dan dalam filem, kita boleh nampak hanya ada beberapa Minions sahaja yang tinggi.

11 1

Menurut Useless Daily, purata ketinggian kesemua Minions itu hanyalah 105 cm.

Kiranya sekitar ketinggian budak yang baru masuk sekolah rendah je la kan. Patut la comel pun.

#2 Ada sebanyak 10,400 Minions di dalam poster filem Despicable Me 2 

Disebabkan Minions ni kecik cinonet je, jadi pereka grafik terpaksa masukkan beribu-ribu Minions di dalam poster supaya ia tak nampak kosong.

9

#3 Bahasa Minions ada maksudnya yang tersendiri 

Walaupun kedengaran macam ayat dan perkataan yang karakter Minions sebut dalam filem macam mengarut, namun sebenarnya bahasa mereka ada maksud tersendiri.

Tambahan pula, kebanyakan bahasa Minions (Minionese) diambil daripada bahasa seluruh dunia seperti Spanish, Bahasa Inggeris, Jepun, Korea dan Tagalog.

Contohnya, gelato yang sering disebut Minions dalam filem bermaksud aiskrim dalam bahasa Sepanyol.

#4 Minions hanya memiliki tiga jari 

Perasan tak, karakter-karakter ini hanya ada tiga jari tangan sahaja.

#5 Hanya ada 5 gaya rambut 

Dalam siri filem Despicable Me, Minions hanya memiliki lima jenis gaya rambut semula jadi termasuklah botak.

10 1

Macam Upin Ipin pun ada jugak.

#6 Minions boleh bertahan hidup di luar angkasa

Ini kerana menurut Easy Science for Kids, makhluk Minions ini tidak memerlukan oksigen untuk bernafas.

Selain itu, mereka juga boleh bertahan daripada kesejukan.

#7 Minions sejenis mahkluk yang mudah terhibur 

Minions mudah terhibur dan akan gelak jika ternampak apa-apa yang berkaitan dengan punggung.

Dengar bunyi buih pun boleh buat dorang ni gelak tau. 

Mereka juga akan menjadi kecoh jika ternampak buah-buahan seperti epal dan pisang kerana kedua-duanya adalah kegemaran mereka.

#8 Kenapa tiada Minions perempuan? 

Ketika filem Minions ditayangkan pada 2015, pembuat filem tersebut telah mendedahkan bahawa kesemua Minions adalah berjantina lelaki.

13

Ini kerana menurut pengarahnya iaitu Pierre Coffin, dia tidak boleh membayangkan bahawa Minions adalah budak perempuan kerana kesemua Minions adalah bodoh, lapor CSMONITOR.

Ada pihak juga yang berpendapat bahawa Minions ini berasal atau terjadi akibat DNA yang termutasi.

Sumber: Useless Daily

Baca: Semak 7 Fakta Menarik Tentang Filem Charlie & The Chocolate Factory, Rupanya Guna 1,850 Bar Coklat Sebenar 

8 1 1

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.