in

Kucing Kena Sawan & Maut Sebab ‘Overdose’ Ubat Kutu, Doktor Haiwan Beri Teguran

Ft Ubat Kutu Kucing Overdose

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan sekali dua terjadi, terapi doktor haiwan, Dr Zura Diamond menjelaskan bahawa ramai pemilik kucing yang suka berikan ubat sehingga overdose kepada kucing peliharaan mereka.

Dapat dilihat menerusi satu perkongsian video di TikTok miliknya iaitu seekor anak kucing yang seperti dalam keadaan sawan kerana overdose ubat kutu.


Artikel Berkaitan : “Meninggal mlm jumaat skali dgn oyen” – Penunggang Motor Maut Langgar Pasu Waktu Cuba Elak Kucing Melintas

Artikel Berkaitan : “Manja Betul Panggil Macam Tu”- Tular Di Tiktok, Kucing Panggil Tuannya ‘Mama’ Buat Netizen Terhibur

Apabila ditanya, pemilik haiwan tersebut menyatakan bahawa dia membeli ubat tersebut menerusi platform online shopping. Doktor kemudiannya masukkan air ke dalam badan kucing, malangnya kucing itu tidak dapat diselamatkan, ianya maut dalam masa tak sampai sejam.

Jelas Dr Zura, didapati ubat yang digunakan itu adalah ubat yang tak diiktiraf dan ia selalunya akan menyebabkan kucing tersebut sawan akibat keracunan. Menurutnya, perkara ini bukanlah pertama kali berlaku.

@zuradiamond

Kesan overdose ubat kutu 😭😭😭 Sakit hati bila kes2 mcm ni dtg, kes2 panadol dtg, last2 doctor jugak yg salah bila kucing tak dapat diselamatkan😓😓😓#catsoftiktok #pencintakucing #kucingtiktok #drzuradiamond #veterinariansoftiktok #fyp #fypシ #pet

♬ original sound – Zura Diamond – Zura Diamond

Doktor tersebut ada tunjukkan jenis ubat kutu yang digunakan tuan kucing itu, Dr Zura menyatakan bahawa ubat tersebut sangat beracun. Difahamkan, pemilik kucing tersebut memberikan dua tiub ubat kepada seekor anak kucing tersebut sedangkan satu tiub itu boleh sahaja dipakai kepada 4 ekor kucing dewasa.

“Bayangkan racun tu dah masuk dalam darah dan pergi ke seluruh sel organ, walaupun bawa datang jumpa doktor dan drip air pun, kebarangkalian nak mati mengejut tu ada juga.”

“Kalau keracunan ini akan hilang dengan drip air, tak semudah itu, bayangkan manusia minum satu cawan peluntur dan pergi jumpa doktor drip air, adakah peluntur dalam badan itu akan hilang? Begitu juga dengan kucing.”

Jelasnya, jika perkara ini dah terjadi, tak perlu salahkan doktor kerana mereka dah cuba yang terbaik untuk memberikan rawatan.

Jadi, Dr Zura tidak sarankan untuk pemilik kucing berikan ubat itu kepada haiwan peliharaannya kerana berdasarkan pengalamannya, banyak kes kucing maut kerana overdose ubat tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.