in

“Kuasa Allah” – Asalnya Kampung Tapi Berubah Jadi Sungai Lepas Fenomena Kepala Air Di Gunung Jerai

Kejadian Kampung Bertukar Jadi Sungai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi bencana kepala air dan tanah runtuh yang mengakibatkan banjir teruk di Yan, Kedah telah memusnahkan harta benda dan tempat tinggal penduduk di kawasan berkenaan.


Walau bagaimanapun, berlakunya satu kejadian alam yang memukau mata sukarelawan bertugas di sana apabila mereka melihat sebuah kawasan yang dahulunya sebuah kampung namun telah bertukar menjadi sungai air terjun selepas bencana kepala air ini berlaku.

Menerusi perkongsian @pendangmarvel di TikTok, dia menjelaskan bahawa video itu dirakam ketika dia pergi menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana di kawasan berkenaan.

@pendangmarvel

Kuasa Allah. Asalnya kampung tukar jadi sungai airterjun selepas bencana Tsunama Gunung Jerai

♬ original sound – Amyrul Myrul Hashim – Amyrul Myrul Hashim

Kampung Jadi Sungai 3

Menurutnya lagi, kejadian ini berlaku di kawasan berdekatan Batu Hampar, Yan.

Terdapat juga netizen yang menjelaskan bahawa kawasan tersebut merupakan tempat tinggalnya dan ia asalnya kebun getah milik emaknya. Allahu tak sangka ya berubah jadi sungai. 

Kampung Jadi Sungai

 

“Kuasa Allah siapa sangka…” 

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang nyata terkejut melihat fenomena itu dan memuji kekuasaan Tuhan dalam menjadikan sesuatu.

Apa-apapun ramai yang memuji sungai itu kelihatan sangat tenang dan cantik.

Pendang Marvel Komen Sungai

Tenang je kan bila tengok sungai mengalir kat kawasan tu. 

Baca: “Kita yang tengok ni pun rasa penat” – Netizen Simpati Nasib Mangsa Banjir di Kedah, Rumah Habis Penuh Selut

Selut

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.