in

“Kita yang tengok ni pun rasa penat” – Netizen Simpati Nasib Mangsa Banjir di Kedah, Rumah Habis Penuh Selut

Kepala Air Yan Selut Masuk Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas, kita dikejutkan dengan bencana alam yang terjadi di Yan, Kedah apabila berlakunya tanah runtuh dan banjir teruk akibat fenomena kepala air.


Kesan daripada kejadian itu, penduduk di Yan dan beberapa tempat di Kedah diuji dengan tanah lumpur yang pekat memasuki kawasan rumah dan mengambil masa yang lama dalam membersihkan kekotoran tersebut.

Menerusi perkongsian video TikTok dari @benstory00, netizen bersimpati dengan keadaan penduduk di sana yang bertungkus lumus membersihkan rumah.

@benstory00

moga dipermudah#tragedikepalaiar#yankedah#fyp

♬ original sound – velyndry – velyndry

Rata-rata penduduk dilihat mengggunakan penyodok, berus serta apa saja peralatan yang ada dalam membersihkan lumpur yang terperangkap di dalam rumah.

 

“Ya Allah kesian. Aku yang tengok terasa penat” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meluahkan rasa empati mereka terhadap ujian yang menimpa penduduk di Yan, Kedah.

Ramai juga yang mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan dan perkara sebegini tidak lagi berulang.

Komen Banjir Yan

Kalau ada yang duduk dekat-dekat, marilah kita hulurkan bantuan. Yang penting jaga SOP ya. 

Baca: “Buat pa dok sini” – [VIDEO] Aksi ‘Berani’ Lelaki Rakam Kepala Air ‘Mengganas’ Di Gunung Jerai, Buat Netizen Cuak

Kepala Air

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.