in

Penjual Mengamuk Kek Rosak, Minta ‘Uncle’ Penghantar Makanan Ganti Balik Kerugian

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika gunakan perkhidmatan penghantaran ni, tak kisahlah yang ekspres mahu pun kurier, mesti ada risiko barang akan rosak. Sebagai penjual, semua benda ni perlu diambil kira dan yang paling penting kena banyak bersabar.

Baru-baru ini, seorang wanita yang juga penjual kek telah dikecam netizen selepas dia membuat ciapan memaki penghantar makanan yang juga merupakan orang tua kerana telah merosakkan kek yang perlu dihantar kepada pelanggan.


“Tua, but don’t reserved my respect at all”

Menerusi ciapan wanita ini yang telah pun dipadamkan, dia mengatakan bahawa uncle penghantar makanan tersebut telah merosakkan kek yang dibuatnya itu serta turut sertakan sekali tangkap layar perbualannya dengan orang tua tersebut.

Menerusi perbualan tersebut, wanita ini telah meminta agar warga tua itu membayar semula ganti rugi yang telah ditanggungnya akibat kerosakan yang berlaku sebanyak RM113.

Apabila diminta untuk membayar ganti rugi, uncle penghantar makanan ini mengatakan bahawa pendapatannya sehari hanya setakat RM50-60 dan meminta untuk ganti secara ansuran.

Namun wanita ini salah faham dan tetap memaksa untuk menggantikan semula kerugian tersebut.

Mungkin tak mahu cerita panjang, penghantar makanan ini telah membayar semula kerugian kepada wanita tersebut sebanyak RM110 ekoran wang RM1 tak boleh dimasukkan ke dalam cash deposit machine.

Fcpn0Y7Acaa Dx3 Side Fcpn0Y8Acaae4Ev Side

Ekoran ciapannya, wanita ini telah dikecam oleh netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan uncle tersebut yang terpaksa membayar ganti rugi serta ada juga yang mahu bayar semula duit tersebut kepada pengantar makanan itu.

Screenshot 2022 09 15 At 12.39.32 Pm Down

Ekoran kecaman yang diterimanya ini, wanita tersebut telah pun meminta maaf atas kekasaran bahasa yang digunakan serta turut mengatakan yang dia akan pulangkan semula duit yang dibayar oleh uncle tersebut.

Screenshot 2022 09 15 At 12.48.10 Pm Down

Okaylah dah minta maaf, lepas ni jadikan pengajaran. Kena fikir dulu sebelum berkata-kata…

 

Baca: “Mana nak cari roti canai lepas ni?” – Sebahagian Besar Restoran Mamak Bakal Ditutup Akibat Kekurangan Pekerja

Page Mamak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.