in

KPM Gantung Tugas Beberapa Pegawai Yang Terlibat Dalam Aktiviti Songsang Dalam Spa

ft KPM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat beberapa pegawai daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dikaitkan terbabit dalam aktiviti songsang di sebuah spa yang terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur yang diserbu pihak berkuasa Jumaat Lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM telah menggantung tugas mereka berikutan penglibatan mereka. KPM menyatakan bahawa pihaknya mengambil serius dan tidak ada kompromi dengan perlakuan yang tidak bermoral itu.


Artikel berkaitan : Menteri Wilayah Dedah Lesen Spa Disalahguna Untuk Aktiviti Songsang

Artikel berkaitan : Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan

“KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini. Siasatan dalaman sedang berjalan. Tindakan segera telah diambil dengan memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan bawah kementerian hingga proses siasatan selesai.”

Dalam pada tu, KPM turut mengingatkan ketua jabatan untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan kegiatan tidak bermoral ini dibanteras setiap peringkat.

Untuk info, seramai 17 daripada 201 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan tidak bermoral atau songsang dalam satu sebuah spa di Chow Kit baru-baru ini merupakan penjawat awam.

Screenshot 2025 12 01 154955

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilapor berkata, seramai 171 lelaki dibebaskan dengan jaminan selepas permohonan reman ke atas mereka ditolak mahkamah.

Jelas beliau, permohonan reman ke atas semua warga tempatan itu ditolak majistret atas alasan lewat dikemukakan.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.