in

Korang Dah Start Puasa Enam Belum? Soo Wincci Dah!

Puasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai lagi di antara kita yang masih dalam mood raya kan? Belum sempat lagi nak puasa enam tau! Korang tau tak pahala dia ibarat setahun berpuasa? Haa!


Tapi admin terasa malu pulak dengan sorang artis ni bila dia dah start puasa enam seawal hari ketiga Syawal dan dia pulak bukanlah seorang Muslim. Wow! Menerusi posting Instagram, Soo Wincci kongsikan rutinnya berpuasa enam ketika bercuti di Sepanyol.

Done day 3 for puasa enam, habis hari ke 3 puasa enam, laparrr,” tulis Soo yang jugak bekas Ratu Cantik Malaysia.

Soo 1
sumber: instagram
Soo 2
sumber: instagram

Walaupun apa yang Soo Wincci lakukan ni bukanlah tuntutan agamanya, dia mengaku melakukan dua-dua jenis puasa ni untuk kebaikan diri. Malah pelakon dan penyanyi ni jugak mula disukai ramai peminat Melayu sebab dia selalu berkongsi topik mengenai puasa kepada mereka walaupun bukan beragama Islam dan berbangsa Cina.

10 Things We Can Learn From Dr Soo Wincci 10 2
sumber: blog

Perkongsian Soo Wincci telah mendapat pujian daripada netizen yang kebanyakannya malu sebab masih tidak mula puasa enam dan kagum dengan kegigihannya yang bersungguh-sungguh dalam berpuasa.

K 1

K 2
sumber: instagram

Bagi yang nak tahu perkembangan Soo Wincci, bekas Ratu Cantik Malaysia ni kini sedang lanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana bidang muzik dengan pengkhususan produksi, teknologi dan inovasi di kampus Berklee College of Music di Valencia. Hebat!

Keep it up, Soo! Semoga mendapat hidayah. 

Baca: “Sporting habis anak, ayah bergurau gini!” 

Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.