in

“Sporting habis anak, ayah bergurau gini!”

Pak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Sporting habis anak, ayah bergurau gini!"
Loading
/

Kalau dah nama artis tu, setiap tingkah laku pasti akan jadi tumpuan ramai. Penyanyi Siti Sarah juga tak lari dari menjadi perhatian netizen lepas memuat naik satu video menunjukkan dia tidak membeli barangan yang dijual oleh seorang lelaki tua.


Dalam video berdurasi 54 saat yang dimuat naik Sarah dalam Instagram miliknya, peserta Gegar Vaganza 3 itu dilihat mencuba pelbagai snek yang ditawarkan pakcik tua tersebut tapi akhirnya tidak membeli walau satupun snek yang ditawarkan.

K2
sumber: instagram

Kerana tindakannya dalam video itu, Sarah dikecam teruk oleh netizen malah ada yang menuduhnya tidak beradap. Disebabkan hal tu, Sarah tampil membuat penjelasan yang video tersebut hanya satu gurauan semata-mata dan lelaki tua itu sebenarnya ayah kandung dia!

“Lelaki ini Raissuddin Hamzah. Dia bapa kandung saya, kami hanya bergurau. Dari video ini sebenarnya apa yang kita lihat dia sangat sporting melayan kerenah anak-anak yang suka bergurau.”

K3
sumber: instagram

Dalam entri tersebut Sarah juga menasihati orang ramai supaya mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum meninggalkan komen-komen negatif.

“Kenapa la suka sangat nak keji caci orang tanpa usul periksa. Semoga Allah permudahkan hidup kalian. Amin.”

Lepas baca penjelasan yang dibuat Sarah, ramai terhibur dengan sikap anak beranak yang satu kepala ni. Ada juga yang jeles sebab Sarah ada bapa yang sangat sporting macam pakcik Raissuddin. Siap suruh Sarah, Shuib dan pakcik Raissuddin berlakon sama-sama. Mesti lawak!

Saraaaah
sumber: instagram

Adoi kelakar la anak beranak ni, layan je bapak dia berlakon kan! So next time check dulu betul-betul before komen benda-benda negatif tau!

Tonton video dorang kat sini:

Sumber: Instagram

Baca: Dato’ Siti Dikecam

Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.