in

Kluster Sivagangga: Lepas Budak Sekolah, Kini Dua Anak Kecil Umur 2 Tahun Pula Dijangkiti Covid-19

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni, salah satu kluster Covid-19 paling aktif di Malaysia adalah Kluster Sivagangga di Kedah. Ia dikesan selepas pemilik kedai nasi kandar di Napoh melanggar arahan kuarantin selepas pulang dari India pada 13 Julai.

Kalau korang nak tahu, jangkitan dari kluster ni dah merebak hingga ke generasi kedua di mana beberapa pelanggan dari kedai ini yang terjangkit telah menjangkiti ahli keluarga mereka yang lain.


Ini termasuklah empat kanak-kanak berusia dari dua ke 10 tahun.

Cna

Satu budak lelaki berusia dua tahun dan abangnya yang berusia 10 tahun telah dijangkiti Covid-19 dari atuk mereka selepas atuknya itu makan di kedai nasi kandar tersebut. KKM melaporkan, lelaki itu turut menjangkiti isteri dan anak perempuannya.

Manakala dua kanak-kanak lain pula berusia dua dan tujuh tahun, dorang mendapat jangkitan ini dari bapa mereka yang juga pelanggan di kedai itu. Lelaki ini turut menjangkiti isteri dan empat ahli keluarganya serta seorang rakan sekerja.

117240220 10157272296031237 8127802677177524 O 1

Semalam, Ketua Pengarah KKM Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mendedahkan dalam sidang media semalam yang kedai nasi kandar ini tak menggunakan aplikasi MySejahtera mahu pun tulis nama-nama pelanggan.

Jitra

Sehingga 3 Ogos, 21 orang dari Kluster Sivagangga telah disahkan positif Covid-19. Oleh itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah umumkan yang empat pentadbiran di Kedah akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula semalam.

Empat kawasan yang terkesan adalah:

  • Kawasan dalam linkungan 1km dari Nasi Kandar Saleh, Napoh (Mukim Hosba, Kubang Pasu
  • Kampung Pida 1, Megat Dewa (Mukim Ah, Kubang Pasu)
  • Kampung Bendang Dalam, Bukit Binjal, Kubang Pasu
  • Kampung Ulu, Padang Sanai, Padang Terap

PKPD ini akan dijalankan dari 3-20 Ogos dan tempat-tempat ini perlu mengikuti SOP yang ditetapkan beserta sekatan jalanan di setiap tempat masuk dan keluar. Manakala jalan besar pula akan ditutup sepenuhnya.

Seramai 7,000 orang di kawasan-kawasan ini perlu membuat saringan serta masjid, tempat ibadah yang lain, sekolah dan tadika juga perlu ditutup.

 

Baca: Kluster Sivagangga: Kedai Nasi Kandar di Napoh Rupanya Tak Catat Rekod Pelanggan Langsung!

Napoh Kluster

Sumber: CNA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.