in

Klinik Buat Report Polis, Kantoi Pekerja Guna MC Palsu Sampai Dapat Cuti Sakit 5 Hari

Ft Klinik Iltizan Fake Mc 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai ingat dengan ‘beli MC’ atau buat MC palsu adalah cara paling senang kalau nak dapat cuti,  mereka rasa dah cukup licik, tapi majikan dan klinik sendiri jauh lebih licik daripada korang tau, sebab untuk siapa yang tak tahu HR akan call klinik.

Baru-baru ini, Klinik Iltizam di Ampang ada kongsikan di Instagram dan TikTok bahawa mereka menjadi mangsa MC palsu, di mana ada pihak menyalahgunakan nama premis dan mereka telah membuat laporan polis.


Dalam MC palsu itu, ‘pesakit’ tersebut kononnya telah diberikan cuti sakit selama 5 hari kerana influenza. ‘Pesakit’ tersebut mendakwa dia dapat MC dari 27 Januari hingga 31 Januari, tetapi majikan merasakan ada sesuatu yang tidak kena tentang tempoh itu, jadi mereka pun menghubungi Klinik Iltizam.

 

Guna MC orang, edit tukar dapat 5 hari cuti

Bagaimanapun, pihak klinik memberitahu majikan bahawa sistem mereka tidak mempunyai rekod nama individu itu melawat kliniknya. Oleh sebab itu, pihak klinik telah menghubungi pemilik asal MC  dan memberitahunya bahawa maklumat hubungannya akan diberikan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Kami harap anda dapat memberi kerjasama. Kami ingin menyiasat sama ada MC anda telah dicuri dan disalahgunakan, atau jika terdapat unsur-unsur bersubahat dalam pemalsuan MC itu,” kata klinik itu kepada wanita itu.

Pemilik asal MC tersebut menyatakan bahawa dia ada memberikan MC tersebut kepada rakan-rakannya tetapi kurang pasti siapa yang gunakan buat kali terakhir.

Screenshot 2023 02 02 184616

Pada petang 31 Januari, salah seorang pegawai perubatan di klinik itu membuat laporan polis di balai polis Ampang Jaya, dengan harapan tindakan lanjut akan diambil untuk memerangi isu MC palsu.

Screenshot 2023 02 02 184551

Screenshot 2023 02 02 184528

Bercakap kepada WORLD OF BUZZ, Feeza, salah seorang yang bertanggungjawab di Klinik Iltizam berkata bahawa individu yang namanya tertera di MC itu telah mengakui bahawa ia memang dokumen palsu.

Dalam Instagram klinik tersebut, mereka mendedahkan bahawa MC (surat cuti sakit) tidak boleh sewenang-wenangnya disalah guna, mereka memberi amaran tegas bahawa info pesakit akan disimpan sampai 7 tahun!

“Korang nak tau tak, Ni zaman pakai system tau. Setiap MC yang diprint , ada tuannya..
Dan system tetap menyimpan detail anda selama 7 tahun..”

https://www.instagram.com/p/CoEjvb2r0LJ/

Menurut portal rasmi Mahkamah Kuala Lumpur, menggunakan MC palsu adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun.

Baca : “Sampai masuk penjara” – 6 Pekerja Kilang Didakwa Di Mahkamah Sebab Palsukan MC

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.