in

KL Tersenarai Sebagai Bandar Kedua Paling Stress Untuk Memandu Di Asia, No 6 Di Dunia!

Kuala Lumpur Story Ft Image 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika korang dah biasa dengan pemanduan di Kuala Lumpur, pastinya korang dah lali dengan situasi sesak di beberapa kawasan, kenderaan ubah laluan tanpa beri isyarat, motor selit sana sini dan macam-macam lagi.


Kalau dulu, masih ingat lagi situasi yang mana pemandu teksi taknak masuk sesetengah kawasan kerana tak sanggup nak hadap kesesakan lalu lintas di KL ini. Mendapat status bandaraya pada tahun 1972, dianggarkan penduduk di KL kini mencecah 8.2 juta!

Baru-baru ini, Hiyacar, sebuah syarikat perkongsian kenderaan di UK telah mengadakan satu kaji selidik dan menyenaraikan 36 bandar dengan penduduk tertinggi di seluruh dunia untuk menilai bandar mana yang paling ‘friendly’ untuk pemanduan.

Trafik Di Jakarta

Dalam kaji selidik tersebut, ada beberapa faktor yang diambil kira sebelum menentukan kedudukan bandar tersebut. Antara faktor yang dinilai termasuklah jumlah kenderaan di bandar tersebut, jumlah kenderaan per kapita, tahap kesesakan, kualiti jalan raya, pilihan pengangkutan awam yang tersedia, jumlah kemalangan jalan raya setahun dan juga kepadatan bandar.

Kesemua faktor ini diberikan markah 1-10 yang kemudian akan dijumlahkan untuk menentukan tahap stress pemandu memandu di bandar tersebut.

Kuala Lumpur No.6 Di Dunia, Ke-2 Di Asia!

Menurut hasil kajian yang dilakukan terhadap 36 bandar yang tersenarai, Kuala Lumpur berada di posisi ke-6 sebagai bandar yang membuatkan pemandu tertekan, lebih mengejutkan, di rantau Asia Tenggara, kita berada di nombor 2 dibelakang Jakarta, Indonesia dan mendahului bandar sibuk seperti Bangkok dan Manila.

Federal Highway

Berikut adalah senarai ‘Top 10’ dari survey yang dijalankan oleh syarikat berpangkalan dari UK tersebut :

  1. Mumbai, India: 7.4
  2. Paris, France: 6.4
  3. Jakarta, Indonesia: 6.0
  4. Delhi, India: 5.9
  5. New York, United States: 5.6
  6. Kuala Lumpur, Malaysia: 5.3
  7. Nagoya, Japan: 5.1
  8. London, United Kingdom: 5.0
  9. Mexico City, Mexico: 4.9
  10. Osaka, Japan: 4.9

Difahamkan, menurut hasil kajian tersebut antara faktor utama yang membuatkan ramai pemandu berasa tertekan adalah kesesakan lalu lintas, yang kemudiannya akan menyebabkan mereka terlewat untuk ke destinasi.

Selain itu, antara sebab lain ialah perangai pemandu-pemandu yang ada di bandar tersebut. Ada yang pentingkan diri sendiri dan tak kurang juga mereka yang tidak menghiraukan pemandu lain.

Tak percaya dengan survey ini? Tengok sahaja situasi jalanraya setiap kali habis waktu pejabat dan ketika hujan.  

 

Baca : Kemalangan Jalan Ipoh: Pemandu Lori Penyebab ‘Accident’ Positif Dadah

Collage 11

Sumber: Unsplash
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.