“KL memang penuh dengan depa je!” – Netizen Puji Imigresen Buat Serbuan Besar, ‘Bersihkan’ Kawasan PUDU Dari PATI

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru-baru ini Jabatan Imigresen Malaysia dengan pimpinan Ketua Pengarah, Dato’ Indera Khairul Dzaimee telah melakukan serbuan secara besar-besaran dia kawasan tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) dekat Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook

Menurut laporan, mereka telah melakukan serbuan Ops Bersepadu di Jalan Silang dan Ops Gegar di Hotel Richmoore, Pudu. Beberapa gambar dan video yang dimuat naik semasa serbuan dibuat telah menarik perhatian netizen.

Ada gambar yang tunjuk PATI yang berjaya ditahan duduk beramai-ramai di tengah jalan, di dalam bangunan yang diserbu dan malah di kedai berdekatan. Memang ramai weh!

Sumber: Facebook

Melalui satu video yang tersebar, beberapa PATI wanita di Hotel Richmoore dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan cuba melarikan diri dari pegawai imigresen. Video tu dimuat naik oleh orang awam, PATI itu semua dilihat sanggup memanjat tingkap dan berdiri di tempat yang membahayakan kerana takut ditangkap. 

Sumber: Facebook

Tonton video di bawah: 

Ramai netizen ucap tahniah pada Jabatan Imigresen kerana berjaya membuat penangkapan besar sebegini. Ada juga yang berpuas hati sebab PATI ini semua dapat ditangkap kerana masuk negara tanpa dokumen yang sah dan hidup bebas selama ni.

“Tahniah dan syabas melihat situasi begini terbukti terkini cara penangkapan dengan jumlah yang banyak hasil dari operasi yang telus.”

“Angkut sekali dengan yang jadi petualang simpan dan jaga warga asing ni smpai boleh berniaga dan sewa tapak demi keuntungan peribadi khususnya tuan punya tapak!!!”

“Alhamdulillah. Terbaik JIM. Demi negara, teruskan tugasan anda.”

“Harap PATI di negara ini dapat dikurangkan secepat mungkin. Harap Taman Medan & Kg Dato Harun juga buat operasi secepat mungkin.”

“PATI ni memang penuh dorang je dekat KL ni. Lepas tu berani dah berniaga merata kawasan ikut suka hati depa. Yang buat laku kita rakyat Malaysia juga. Renungkan…”

 

Syabar JIM! Teruskan operasi macam ni, bersihkan negara kita dari PATI ni semua.

Baca: “Saya nggak salah pak…” – 7 Pasangan Ditahan Buat Pesta Zina di Hotel, Reunion Sempena Aidilfitri 2019

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!