in

KK Garden Di Myanmar: Lubuk ‘Neraka’ Untuk Rakyat Malaysia Yang Terjerat Penipuan!

Dz 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang sekarang ini negara digemparkan dengan satu isu yang boleh dikatakan telah mengancam ramai rakyat Malaysia. Tak lain tak bukan adalah sindiket penipuan dan pemerdagangan manusia yang bertapak asalnya di negara Thailand dan Myanmar.

Ramai antara kita yang telah terjerat dengan sindiket ini dimana rata-ratanya telah terpengaruh dengan janji manis yang diiklankan di media sosial seperti tawaran pekerjaan dan pencarian jodoh.


Sehingga baru-baru ini, kerajaan terpaksa bercampur tangan untuk membantu mangsa sindiket ini yang terkandas di luar negara dan dibawa pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Namun, kalau korang nak tahu sebenarnya sindiket ini telah mempunyai pusat utama operasi ini dijalankan dan dikatakan dilakukan secara terbuka di sempadan Myanmar. Betul ke?

Mari min kongsikan mengenai KK Garden di mana pusat utama sindiket ini giat dijalankan sehingga kini tanpa penangkapan oleh pihak berkuasa!

KK Garden di Myanmar, lubuk ‘neraka’ untuk rakyat Malaysia yang terjerat penipuan

Sebuah video yang berdurasi lebih daripada dua minit telah dikongsikan di laman TikTok menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di sebuah sempadan Myanmar.

Difahamkan, terdapat pelbagai bangunan telah dibina di sana untuk menempatkan mangsa-mangsa dan mengerah mereka untuk melakukan sindiket penipuan terhadap orang lain seperti love scam.

@ihishamuddinhashim

Segerakan usaha untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

♬ original sound – Hishamuddin Hashim – Hishamuddin Hashim

Menerusi video tersebut, Hishammuddin Hashim selaku Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) telah mengatakan bahawa kawasan tersebut terang-terang sangat diketahui oleh semua pihak yang terlibat.

Screenshot 2022 09 27 At 3.27.02 Pm

“Kerajaan Malaysia tahu, kedutaan Malaysia di Laos pun tahu dan kedutaan Malaysia di Cambodia pun tahu. Gambar bangunan pun tahu, alamat pun tahu, semua perkara sudah diketahui.”

Dia juga mempersoalkan cara untuk mendapat akses masuk ke dalam KK Garden itu kerana difahamkan polis di sana juga tidak dapat memberi kerjasama kepada pihak polis di Malaysia.

“Dia berada di golden triangle. Mereka dikurung di dalam sebuah bangunan.”

Difahamkan juga KK Garden merupakan sebuah bandar kecil yang telah mengurungkan mangsa-mangsa ini dimana sekeliling kawasan tersebut dipagar dan dikawal rapi oleh pihak tentera di sana.

Mangsa-mangsa yang terlibat juga dibenarkan menggunakan akses telefon di dalam sana namun tidak boleh berbuat apa-apa.

“Dia ada send location. Cara nak selamatkan tu tak tahu sebab polis Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk masuk ke dalam negara lain. Kita dapat maklumat di Myanmar, kedutaan telah membawa polis ke tempat tersebut namun dihalang dan dihalau atas tujuan keselamatan.”

Sindiket ini juga dikatakan dibuat dalam keadaan terbuka bukannya tertutup justeru membawa kepada jenayah pemerdagangan manusia yang dikatakan seperti ada pihak yang turut mendapat habuan dan rasuah kerana lepas tangan membiarkan mangsa terus terjerat.

@ihishamuddinhashim

Rayuan seorang bapa menderita anaknya yang berada KK Garden Myanmar

♬ original sound – Hishamuddin Hashim – Hishamuddin Hashim

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan perkongsian mangsa-mangsa yang terjerat dengan aktiviti sindiket ini sehingga ada yang meninggal dunia atas kekejaman yang dilakukan oleh geng-geng sindiket tersebut.

Ada juga yang dipaksa makan babi, tidur bersama ramai lelaki dan dicabul juga di dalam kawasan tersebut dan hanya mampu menutup mulut tanpa pertolongan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Min nasihat agar kita sebagai masyarakat sedar berkaitan sindiket ini dan lebih peka terhadap sekeliling lebih-lebih lagi orang yang tersayang. Ingat, tidak semua perkara di media sosial adalah benar dan kita hanya mampu membuat keputusan yang bijak.

Baca: “Dipaksa makan babi” – Mangsa Dedah Penderitaan Jadi ‘Hamba Moden’ Sindiket Pekerjaan Luar Negara

Screenshot 2022 09 27 At 3.28.07 Pm

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.