in

KJ Kritik Kenyataan Syed Saddiq Dakwa Beliau Menteri Sukan Pertama Bawa SUKMA Ke Kelantan

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal melihatkan parti MUDA bertanding untuk julung-julung kalinya, presiden parti ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan MUDA sendiri telah menerima pelbagai kritikan dan tuduhan sejak akhir-akhir ini.

Antara tuduhan yang diterima termasuklah MUDA didakwa telah diasaskan untuk menjadi boneka parti DAP oleh presiden PAS Tok Guru Hadi Awang.


Bagi menafikan tuduhan ini, Syed Saddiq telah membuat satu video yang dimuat naik ke media sosialnya.

Sebagai anak muda saya menghormati pandangan Tok Guru sebagai individu yang sangat berpengalaman dalam politik.”

Dalam video tersebut, Syed Saddiq menjelaskan bahawa MUDA diasaskan untuk membina Malaysia yang maju, bermaruah dan berintergriti dan pemimpinnya walaupun muda namun berpengalaman untuk membawa politik yang baharu.

Syed Saddiq juga turut mengatakan, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau telah menjadi menteri sukan pertama dalam sejarah memberikan hak penganjuran kepada negeri Kelantan.

Sebagai Menteri Belia & Sukan, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia kita mengembalikan semula hak penganjuran SUKMA kepada negeri Kelantan dengan peruntukan lebih RM200 juta.”

“Tiada satu negeri pun dianaktirikan”

Ekoran ini, bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin telah mengatakan kenyataan yang dibuat oleh Syed Saddiq ini menunjukkan seperti Menteri Belia dan Sukan sebelum ini telah menafikan hak Kelantan untuk menganjurkan SUKMA.

Jelasnya, selepas SUKMA Sarawak 2016, hak penggiliran akan kembali ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan Kelantan yang belum pernah menganjurkan SUKMA telah menjadi pilihan.

https://www.facebook.com/Khairykj/posts/495877105242251

Namun, kerajaan Kelantan ketika itu tidak bersedia untuk menganjurkannya atas beberapa kekangan. Malahan, kita juga semasa membuat keputusan SUKMA 2018 kepada Perak dan SUKMA 2020 kepada Johor turut mengalu-alukan agar Kelantan mempertimbangkan untuk menjadi tuanrumah SUKMA 2022 supaya Sukan Malaysia ini dapat dibawa kepada rakyat negeri Kelantan.

“Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa Kelantan tidak pernah sesekali dianaktirikan dalam pemilihan sebagai penganjur SUKMA seperti dakwaan yang dibuat.

Malahan, tiada satu negeripun yang dianaktirikan sewaktu saya menerajui Kementerian Belia dan Sukan dalam apa-apa hal sekalipun.”

Tambahnya lagi, pemilihan penganjuran ini dibuat secara saksama melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dianggotai oleh 14 Exco Belia dan Sikan Negeri dan tertakluk kepada kesanggupan dan kesediaan negeri yang terpilih.

 

Baca: “Takde apa nak sorok” – [VIDEO] Didakwa Miliki Banglo Mewah, Syed Saddiq Buat ‘Tour’ Tunjuk Rumah Sewa

Collage 2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.