in

“Kiutnya macam tempat kanak-kanak” – [FOTO] Wajib Ikut, Ini Cara Sg. Wang Plaza Buat Penjarakan Sosial Untuk Pengunjung

Feature 4 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan sekarang ni kita dah dibenarkan untuk keluar seperti biasa asalkan ikut SOP yang ditetapkan, banyak tempat yang makin kreatif buat kemudahan untuk penjarakan sosial.

Macam yang dilakukan oleh pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur, Sungei Wang Plaza ni. Mereka telah mewajibkan pengunjung untuk mengamalkan norma baharu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.


Perkara ini telah dikongsikan oleh pengunjung pusat beli belah yang terletak di Bukit Bintang tersebut, @myjoe_ menerusi Twitter.

Pengunjung hanya boleh beratur dalam kotak yang disediakan. So, jangan pandai-pandai nak buat kotak sesuka hati pulak. 

Sg Wang 1

Baru lah senang sikit nak amalkan penjarakan sosial dengan kotak-kotak ni. Dah la cute, rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak pulak. 

Manakala, untuk penggunaan lif pula, hanya lima orang sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan kemudahan tersebut dalam satu-satu masa supaya keadaan tidak terlalu sesak.

Sg Wang 3

Bukan tu je, pengguna juga harus mengarahkan pandangan ke arah dinding ketika berada dalam lif supaya risiko jangkitan jika berhadapan dengan orang yang mungkin menjadi pembawa virus dapat dikurangkan.

Sg Wang 1 2

Sg Wang 2

Harapnya tempat-tempat lain pun akan mencontohi Sungei Wang Plaza ni. Jadi lepas ni, pengunjung takde alasan dah taknak buat social distancing. Baru lah senang kerja semua orang kan. 

 

Baca: “Macam kawad kaki” – Kalau Nak Beli KFC, Diwajibkan Beratur Macam Ni Dulu 

Kfc

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.