in

“Kitaorang suka pergi Jakarta, tapi takkan sama lagi” – Aishah Sinclair Imbas Peristiwa Pilu Pemergian Abangnya.

Aishah7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah dua minggu telah berlalu, rasa sayu terhadap pemergian pelakon Ashraf Sinclair masih lagi dirasai terutamanya keluarga terdekat mereka dan sampai sekarang ia masih lagi menjadi buah mulut orang ramai.


Berikutan itu, InTrend ada bersua dengan Aishah Sinclair untuk menceritakan detik-detik pilu sewaktu mendengar khabar berita itu.

 

Suka pergi Jakarta, tapi sekarang takkan sama macam sebelum ini

Katanya, sehingga sekarang dia masih lagi tergamam terhadap pemergian abangnya itu, umumnya tahu Aishah merupakan penyampai radio Mix Fm, pada masa itu lagi 5 minit dia nak on air mendengar khabar berita itu.

Sudah semestinya ia menganggu minda Aishah untuk membangkitkan mood ceria pada awal pagi tersebut bahkan ia juga memberikan impak kepada seluruh stesen.

Namun begitu, dia terus bergegas untuk pergi ke Jakarta sejurus sahaja mendapat panggilan itu. Kata Aishah lagi, dia sekeluarga memang suka pergi ke Jakarta dan luangkan masa bersama keluarga Ashraf, tapi selepas pemergian abangnya, ia mungkin takkan sama macam dulu lagi.

Sebak bila tengok video ni.

Anak-anaknya yang rapat dengan arwah Ashraf juga turut tergamam apabila melihat jenazah pakcik mereka.

Tambah Aishah lagi, sehingga hari ini berita mengenai Bunga Citra Lestari masih menjadi liputan pihak media di negara jiran.

Video itu telah menyentuh hati netizen, dan rakan-rakan artis yang lain. Masing-masing memberikan kata-kata semangat supaya mereka sekeluarga tabah menghadapi dugaan.

 

Dengar pun dah sebak – Netizen

Aishah Aishah2 Aishah3

 

Baca : “Saja dera hati orang mati laki sebab rating” – Netizen Kecam Indonesian Idol Gunakan Penderitaan BCL Untuk Komersial

Jjjj

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.