Desas desus yang mengatakan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat bakal berangkat Australia akhirnya terjawab apabila dia sendiri mengesahkan dirinya kini sudah berada di negara tersebut menerusi satu sesi live di media sosial.
“Kita tak lari, kita berhijrah”
Menurut Harian Metro, Nur Sajat memberitahu yang dia kini menjalani tempoh kuarantin di Canterbury, Australia dan sudah pun berhijrah secara rasminya ke negara kanggaru itu atas bantuan kerajaan berkenaan.
Dalam perkongsiannya juga, Sajat menegaskan bahawa dia bukanlah melarikan diri tetapi memilih untuk berhijrah di sana.
https://www.instagram.com/p/CVKx4BaphO9/
Kita tak lari, kita berhijrahlah. Tak baik kata kita lari you all (anda semua) yang kata kita lari tak boleh terima hakikatkan.
“Saya sangat happy sekarang, saya boleh jadi diri sendiri, boleh tenang tak ada gangguan. Saya hanya nak fokus perniagaan. Saya boleh pakai apa saja dekat sini, saya tak ganggu siapa-siapa pun,” katanya.
Jawab tentang isu agama dan jantina
Dalam pada itu, mengulas tentang status agamanya, Sajat memberitahu yang dia masih seorang muslim.
“I (saya) rasa kalau I (saya) masih Islam…biarlah you (kamu) dengan islam you (kamu). This is more respect (ini lebih hormat). Tak perlulah you (kamu) nak judge (hakimi) I (saya) ke apa ke. Kita hormat satu sama lain,” katanya.
Manakala bagi isu jantina pula, Sajat mengatakan yang dia tidak sama sekali akan mengaku mengenai hal berkenaan walaupun hingga ke lubang kubur kerana padanya dia tetap seorang wanita.
Pasal saya punya jantina, dekat sini jantina saya wanita, deorang dah check semua head to toe, saya tak perlu ragu-ragu dah,” katanya lagi.
Sajat dalam sesi live itu juga mengatakan bahawa dia bakal membuka perniagaan di sana dan membantu rakyat Malaysia yang ingin bekerja di Australia dengan cara bekerja di bawah perniagaannya kelak.
Dia juga mengakui sudah ‘bercerai talak tiga’ dengan Malaysia dan tidak akan kembali ke sini lagi, malah tidak pun berasa ralat untuk memulakan hidup baru di sana.
Apa-apapun admin harap Sajat tak lupa dengan keluarganya yang masih di Malaysia.
Baca: Polis Dedah Kad Pelarian Sajat, Dalam Proses Dapat Kebenaran Pindah Australia Dengan Bantuan UNHCR