in

“Kita enjoy!” – Pelakon ‘Puteri’ Bakal Reunion Lepas 15 Tahun, Temui Penonton Syawal Ini!

Untitled Design 2022 03 17T160711.886

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja tidak kenal dengan siri sitkom terkenal Puteri yang disiarkan pada tahun 2005 dulu kan?


Siri ini mengisahkan tiga wanita muda sekawan yang menyewa sebuah bilik rumah milik pasangan orang berada. Kehidupan mereka berlima penuh diwarnai dengan keceriaan dan kejutan, malah mereka juga bersama-sama menghadapi cabaran.

Penantian 15 tahun bakal berakhir!

Setelah 15 tahun menanti, peminat sitkom Puteri dapat merealisasikan impian mereka untuk menonton drama Puteri Reunion 2022 yang dijangka bersiaran pada 3 Mei hadapan bersamaan dengan hari pertama Raya Aidil Fitri.

Pengumuman itu dikongsikan oleh pelakon utama sitkom tersebut iaitu Nora Danish di Instagramnya.

“Finally ❤️ we are back ? #PuteriReunion2022. Setelah lebih 15 tahun lamanya.

Insya-Allah siri Puteri akan bertemu anda pada 1 Syawal, 3 Mei 2022 di TV3,” dalam hantarannya itu.

Sudah pastinya, pengumuman itu membuatkan peminat-peminat siri tersebut begitu teruja dan ramai yang tidak sabar menantikan apakah cerita yang bakal ditonjolkan dalam Puteri Reunion ini.

Fhv

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk mengimbau kembali nostalgia zaman remaja semasa menonton sitkom Puteri Reunion 2022 ini nanti.

Difahamkan, Puteri Reunion ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Padi Pictures. Ia juga bakal menampilkan pelakon asal seperti Nora Danish, Kanchana Devi, Nina Fazurina dan Beego.

Okay dah boleh mark calendar! Kita enjoy!

Baca: Babak Siri Layangan Putus Buat Ramai Buka Mata Tentang Sifat Toksik Dalam Sesebuah Perhubungan

Untitled Design 2022 03 17T160259.839

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.