in

“Kita boleh aibkan seseorang tapi Allah lebih tahu”

Yana Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penahanan Datuk Seri Najib Razak oleh SPRM semalam di kediamannya Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur memang meninggalkan kesan mendalam pada penyokong dan terutamanya anak-anak Najib.


Terbaru semalam, anak perempuan Najib bersama Rosmah Mansor, Nooryana Najwa telah meluahkan isi hatinya menerusi Instagram berkenaan penangkapan bapanya yang kini didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini. 

Ini apa yang dikongsikan Yana Najib:

“Selama 42 tahun, beliau (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula. Marilah kita memikirkan tentangnya kali ini ketika beliau sangat memerlukan kita.

“Marilah kita ingati beliau buat sekali ini tatkala beliau amat memerlukan kita. Anda boleh mengaibkan seseorang tapi Allah tahu.

“Kalau ini boleh berlaku kepada pemimpin kita, ia boleh berlaku kepada sesiapa saja dalam kalangan kita, namun kami percaya Allah tidak tidur,” tulisnya.

Yana juga pada masa yang sama mengakui bapanya, Najib seorang yang peramah, penyayang dan bersikap lembut serta memiliki kekuatan emosi dan mental yang sangat tinggi berbanding orang lain.

“Walaupun menghadapi ujian getir hari ini, beliau masih tersenyum, ketawa dan memeluk kami, beliau lebih risaukan keluarga berbanding diri sendiri,” kata Yana lagi.

sumber: twitter

Posting Yana ini jugak disertai dengan hashtag #freenajib #respectcivilliberties #thestruggleisreal dan #prayfordsn.

Pada masa yang sama, adik Yana, Ashman Najib juga turut muat naik foto bapanya di instastory tanda beri sokongan dengan hashtag #prayfornajib. Kedua-dua mereka juga dilihat hadir pada sesi mahkahmah pagi tadi.

Whatsapp Image 2018 07 04 At 12.17.50 Pm
sumber: instagram

Admin nak komen banyak pun takut menyinggung hati anak-anak bekas PM ni. Apa yang kami boleh doakan ialah bertabahlah menghadapi ujian. Semoga keadilan yang sebenar ditegakkan untuk mereka yang teraniaya.

Be strong! 

Baca: Rosmah Pergi Mana Tu? 

Page Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.