in

Kisah Asal Usul Shin Chan Yang Menyedihkan & Kaitannya Dengan Kematian Misteri Pelukis Manga, Yoshito Usui

Shin Chan

Siapa yang tak pernah tengok Cryon Shin Chan, animasi dari Jepun yang menjadi kegilaan bukan sahaja kanak-kanak malah emak dan bapa budak pun layan sekali.

Karektar yang bersahaja keluarga Nohara, nyata membuatkan ramai tak kering gusi melihat keletah Shinosuke Nohara (Shin Chan), adiknya Himawari dan ibu bapa mereka.

Namun korang tahu tak rupanya ada kisah sedih disebalik animasi Crayon Shin Chan ni?

Betul atau tak wallahualam, tapi boleh lah untuk sekadar bacaan. Jom kita selongkar!

 

Kisah Shin Chan rupanya kisah sebenar?

Mengikut sumber, animasi Crayon Shin Chan yang menjadi kegemaran ramai itu rupanya kisah benar yang berlaku ke atas keluarga Nohara di Bandar Kasukabe.

701 7013548 Shin Chan Logo1

Dikatakan pada suatu hari Shin Chan sedang bermain dengan adiknya di hadapan rumah, pada ketika itu demi nak menyelamatkan adiknya Himawari dari dilanggar kereta, Shin Chan pergi ke arah Himawari namun kedua-dua mereka dirempuh kereta sehingga terkorban.

Namun menurut sumber lain, satu hari ketika Misae (ibu Shin Chan) membawa anak-anaknya ke pasar berlaku kejadian yang tidak diingini.

Ketika Misae sibu membeli barang, tiba-tiba Shin Chan ternampak Himawari melintas jalan tanpa pengawasan sesiapa. Shin Chan terus meluru mendapatkan adiknya namun tak semena-mena sebuah kereta yang meluncur laju telah melanggar kedua beradik tersebut dan mereka terkorban di situ juga.

 

Guna crayon kesayangan untuk lukis momen indah keluarga

Hiroshi dan isterinya nyata terkejut dengan berita pemergian kedua-dua anaknya itu. Namun isterinya lebih teruk apabila menjadi murung susulan kejadian itu.

Jadi bagi melepaskan rasa rindu yang mendalam ke atas kedua-dua anaknya itu, dia dan suaminya melukis kenangan mereka sekeluarga dengan menggunakan Crayon kegemaran kedua-dua anak mereka.

Selepas beberapa lama, anjing putih mereka iaitu Shiro, turut dilaporkan mati.

So dari situlah dikatakan terbitnya animasi ‘Crayon Shin Chan’ hasil lukisan manga Jepun bernama Yoshito Usui.

Wallahualam.

 

Benar atau imaginasi?

Bagaimanapun ramai yang mempersoalkn kesahihan cerita ini, sama ada ianya benar tau pun tidak.

Tak terhenti setakat itu, ramai ‘relate’kan kematian misteri pelukis manga Yoshito Usui dengan animasi itu.

Untuk pengetahuan korang pelukis mangsa Crayon, Shin Chan dilaporkan mati pada tanggal 11 September 2009 di Gunung Arafune. Yang menjadi persoalan, adakah disebabkan terjatuh ketika hiking atau berniat untuk membunuh diri.

Hqdefault

Difahamkan yang kebenaran kisah Crayon Shin Chan dan adakah benar wujudnya Shinnosuke Nohara yang sebenar, hanya Yoshito Usui yang mengetahuinya dan ianya dilaporkan terkubur bersama mayat pelukis mayat itu.

Ramai yang mempersoalkan kebenaran dan kesahihan kisah tersebut. Jadi menjawab kepada persoalan tersebut, menerusi dokumentari dari NHK World sempena Ulangtahun Crayon Shin Chan ke-20 dapat dipastikan kisah Crayon Shin Chan hanyalah bayangan dan imaginasi pelukis itu sendiri iaitu mendiang Yoshito Usui.

Kesimpulannya, korang tak payah nak perah otak memikirkan mengenai kebenaran kisah Shin Chan ini sebab ada beberapa persoalan yang sehingga kini tidak terjawab.

Malah sehingga kini tiada bukti kukuh mengenai keluarga, rumah mahupun kubur mereka.Tiada sebab mereka perlu sorokkan kisah keluarga Shin Chan kan?

 

Baca : Doraemon tu kawan imaginasi dia; Kisah Sedih Watak Sebenar Nobita Penghidap Schizoprenia Sebelum Bunuh Diri?

11

Sumber: Youtube