in

“Kiblat terlari 1 darjah sekalipun, nilainya sama dengan 122 km dari kedudukan sebenar Kaabah” – Peguam Ini Jelaskan Kenapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Solat merupakan perkara wajib bagi setiap individu muslim. Solat yang sempurna bukanlah sekadar cukup rakaat, tapi bermula dari persiapan awal untuk menunaikannya sehinggalah memberi salam.


Salah satu aspek paling penting dalam bersolat ialah menentukan arah kiblat kerana ia merupakan syarat sah solat. Tak kira di mana kita berada, jika di dalam hutan sekalipun kita dituntut untuk berikhtiar memastikan arah kiblat yang betul dengan cara tertentu.

Baru-baru ini, seorang peguam berkongsi di Facebook mengenai kesan tersalah arah kiblat. Pada awalnya dia hanya terfikir hal itu  sebelum diberi rezeki untuk bertembung dengan Tuan Haji Zahari di dalam lif yang merupakan dari Persatuan Ahli Falak Selangor.

Tidak melepaskan peluang keemasan itu, Nor Zabetha terus menggunakan khidmat yang ditawarkan untuk menentukan arah kiblat yang tepat. Bayangkan, hanya kesilapan sedikit dalam menentukan arah kiblat boleh menyebabkan perbezaan sehingga ratusan kilometer dari kedudukan Kaabah yang sebenar.

Puan tahu, sebenarnya kalau kita terlari sikit kiblat. Walaupun 1 darjah sekalipun, nilainya sama dengan 122 km dari kedudukan Kaabah sebenar”

Menurut Nor Zabetha, cara yang digunakan hanyalah manual, cahaya matahari, bendul, laser dan kiraan darjah mengggunakan pembaris. Hasilnya, dia telah mendapati bahawa arah kiblatnya itu sebenarnya  teralih sedikit dari arah yang sepatutnya.

Nampak macam sedikit dan remehkan? Tetapi dengan jarak yang sedikit itu sebenarnya telah ‘lari’ sebanyak 500 km dari kedudukan asal kaabah.

Tambah Zabetha lagi, jika bermusafir memang agak sukar untuk menentukan arah yang benar-benar tepat, tetapi jika di rumah dan pejabat dimana tempat seharian kita berada, agak rugi dan sayang jika setiap hari tersalah arah.

Dia turut berkesempatan menceritakan pengalamannya apabila diberi satu gambar oleh Haji Zahiri dalam satu stadium bagaimana sekumpulan manusia bersolat dengan arah kiblat yang berbeza-beza. Seorang ke kiri sikit, seorang ke kiri banyak dan seorang lagi terus lari arahnya.

Apabila ditanya mengapa dan bagaimana kejadian seperti itu boleh berlaku, Haji Zahiri berkata yang mereka telalu percaya kepada telefon pintar masing masing.

“Ini sebabnya semua percaya telefon pintar masing-masing. Yang telefon pintar lebih mahal mungkin tak percaya arah kiblat kumpulan telefon pintar yang lebih murah. Mungkin mereka rasa telefon mereka lagi betul. Jadi mereka percaya telefon masing-masing.”

Nampak mudah, tapi kesannya mendalam. Jika arah pun salah, macam mana dengan ibadah kita? Adakah diterima? Pernah terfikir tak selama ni tepat ke korang menghadap kiblat tu…

Baca: The bodo is kinda sweet tho – [Video] Kawan India Betulkan Arah Kiblat Member Nak Tumpang Solat Dirumah Buat Netizen Kagum

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.