in

“Kain pelekat fav ye” – Netizen Puji Azizulhasni ‘Setia’, Pakai Kain Pelekat Sama Posing Dengan Pingat

Azizulhasni Pakai Kain Pelekat Sama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan bagi pelumba basikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang untuk bergambar dengan pingatnya sambil memejam mata di atas katil.

Namun yang menjadi perhatian netizen baru-baru ini ialah apabila mereka mula perasaan, setiap kali Azizul bergambar dengan pose yang sama di atas katil bersama pingatnya, dia akan memakai kain pelekat yang sama juga. Uish corak pun sama tu!


Menerusi perkongsian Akhi Fairuz Al Jengkawi di Twitter, dia berkongsi beberapa siri gambar Azizul pada tahun-tahun yang berbeza bersama pingatnya tidur di atas katil dan memakai kain pelekat yang sama.

https://twitter.com/akhifairuz_/status/1424351929669328899

 

“Orang lelaki kalau suka pakai kain pelikat mesti akan ada 1 atau 2 pasang kain pelikat fav”

Tweet tersebut mengundang komen netizen yang mana rata-rata memuji Azizul sebagai seorang yang ‘setia’ kerana memakai kain pelekat yang sama selama bertahun-tahun lamanya.

Namun ada juga di kalangan netizen yang menjelaskan, ia menjadi kebiasaan para lelaki yang suka memakai kain pelekat ini mempunyai kain favourite mereka yang mana mereka akan memakainya berulang kali dan membawa ke mana-mana saja.

Kain Pelekat Jijoe 1

Korang lelaki yang pakai kain pelekat tu ada habit yang sama macam Dato Azizulhasni tak?

Baca: Olimpik Tokyo 2020: Azizulhasni Awang Hadiahkan Pingat Perak Untuk Malaysia Dalam Acara Keirin

Luluh Azizul E1628478811397

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.