Siapa sahaja yang tidak kenal dengan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) yang sangat popular sejak dahulu lagi.
Setelah lebih 6 dekad KFC menempa nama dalam pasaran, tahun ini KFC telah mengumumkan bahawa slogan mereka ‘Finger Linkin Good’ (Sedap Sehingga Menjilat Jari) dihentikan seketika atas faktor pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Pihak pengurusan KFC memaklumkan mereka akan menggantung slogan berkenaan selepas mendapat nasihat daripada pegawai-pegawai kesihatan yang menggesa orang ramai agar tidak menyentuh muka mereka bagi melambatkan penularan virus tersebut.
“Slogan ‘sedap sehingga menjilat jari’ tidak lagi sesuai dengan persekitaran masa kini dan memansuhkannya di banyak negara”
Antara negara yang terlibat dalam penggantungan slogan ini di negara-negara Eropah seperti Britain dan Ireland. Walau bagaimanapun, slogan tersebut hanya dikaburkan dan tidak dipadamkan semua sekali.
Namun, KFC juga memberitahu tindakan menggantung slogan ini hanya untuk sementara waktu. Slogan ini akan kembali semula apabila tiba waktu yang sesuai kelak, lapor CNN.
Baca: “Macam kawad kaki” – Kalau Nak Beli KFC, Diwajibkan Beratur Macam Ni Dulu