Ketua Pejuanita Muda Malaysia dari Parti Pejuang Tanahair, Dr Nurul Ashikin menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sistem yang sektor awam kendalikan dalam urusan membuat pasport.
Keluhan tersebut dibuat menerusi laman Twitter miliknya pagi tadi dan meraih lebih dari 1,160 jumlah retweets dan mendapat sokongan daripada majoriti netizen.
“Dah tahun 2023, masih mundur lagi. Bila imigresen Malaysia ni nak laju?”
Dalam tweet tersebut, Dr Nurul Ashikin menyatakan bahawa dia terpaksa menunggu lama semasa membuat urusan di Pejabat Imigresen tapi hasilnya hanyalah sia-sia kerana tidak dapat nombor giliran.
“Pejabat Imigresen buka pukul 8 pagi, 6 pagi lebih orang dah beratur tunggu nombor. Dua hari berturut-turut I pergi tak dapat nombor. Untuk passport budak tak boleh buat appointment atau renew online. Dah tahun 2023, masih mundur lagi. Bila imigresen Malaysia ni nak laju?”
https://twitter.com/nurulashikin_m/status/1618749905866203138?s=20&t=_aQ_x1CUSNF_8BPAkkuujQ
Dikatakan, beliau ingin membuat pasport untuk anaknya dan ada netizen sarankan untuk buat temujanji, tetapi tidak beliau mengatakan ia tidak boleh dilakukan untuk kanak-kanak kerana sudah tanya 2 jenis cawangan berbeza.
Oleh itu, beliau menyarakan agar semua kauntter dibuka dan melaksanakan skaedah baru secara atas talian.
“Buka semua kaunter, tak boleh mcm sekarang. Set online termasuk utk budak. Kita pergi utk verification wajah je, ini akan speed up. Staff kena check dokumen time orang que bukan dah sampai kaunter suruh orang patah balik. Sekarang staff yang datang kat que cuma cakap suruh beratur je.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kongsikan pengalaman lebih kurang sama seperti yang beliau alami.
Hurm, ada ke yang alami perkara yang sama macam ni?