in

Ketua Balai Polis Bukit Jalil Dihadapkan Ke Mahkamah, Curi RM 300K & Beg Prada

ft ketua balai polis bukit jalil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Balai Polis Bukit Jalil hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dia didakwa mencuri wang RM300,000 termasuk sebuah beg jenama mewah daripada seorang individu di sebuah kondominium, bulan lalu, bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah.

Tertuduh yang dikenali sebagai Inspektor Azlan Sudin, 45, membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.


Artikel berkaitan : Kes Pegawai Polis Didakwa Bunuh Pelajar Sekolah Dipindah ke Mahkamah Tinggi

Artikel berkaitan : Pegawai Polis Didakwa Tembak Isteri Sedang Hamil Rayu Nak Lawat Kubur

Mengikut pertuduhan, suspek yang berstatus bapa kepada 3 orang anak itu bersama seorang lagi individu yang masih bebas didakwa mencuri RM300,000 dan sebuah beg Prada hitam milik wanita yang berusia 35 tahun di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil, kira-kira dalam jam 5.45 petang hingga 6.20 petang pada 21 Februari lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda. Bagaimanapun, Farah Nabihah membenarkan ikat jamin terhadap suspek sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

balai polis bukit jalil

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa dan peguam Huang Yee Ching mewakili tertuduh.

Dalam pada itu Azlan juga didakwa dengan satu pertuduhan lagi di mana, dia tidak menangkap seorang lelaki yang terbabit dengan jenayah. Untuk pertuduhan itu, Azlan juga tidak mengaku bersalah.

Dalam pertuduhan, Azlan yang merupakan anggota polis berpangkat Inspektor yang berkewajipan di sisi undang-undang menangkap lelaki berusia 35 tahun kerana terbabit dalam kesalahan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, yang mana dengan sengaja meninggalkan daripada menangkap orang itu.

Ia dilakukan di lobi Balai Polis Bukit Jalil, Cheras antara jam 6.50 petang hingga 7 petang, 21 Februari lalu. Disebabkan itu, Azlan berdepan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 221(c) Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.