in

Pegawai Polis Didakwa Tembak Isteri Sedang Hamil Rayu Nak Lawat Kubur

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih kurang dua minggu lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal disyaki menembak mati isterinya dengan lima das tembakan pada jarak dekat di sebuah rumah di Simpang Empat, Kangar, Perlis.


Sebentar tadi, pegawai polis Nizarman Hassim yang baru berusia 27 tahun ini telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret dengan tuduhan membunuh isterinya Safsufarnisya Salleh, 26 tahun.

Image 2023 03 06T072635.037.Jpg

Nizarman kelihatan tenang ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan. Namun begitu, tiada sebarang pengakuan dibuat kerana kes ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sebelum lelaki ini dibawa keluar selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan, dia sempat berkata:

Saya nak cakap satu sahaja, saya nak melawat kubur bini saya.”

Untuk pengetahuan korang, Nizarman telah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati sekiranya disabitkan bersalah.

Mahkamah sebentar tadi juga turut meluluskan permintaan Pendakwa Raya untuk menghantar Nizarman ke hospital psikiatri bagi menjalani ujian mental.

Majistret Ana Rozana telah menetapkan 14 April sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan mental tertuduh.

Sumber: FMT

 

Baca: Kes Polis Tembak Isteri: PDRM Siasat Kemungkinan Suspek Ambil Dadah

Kes Polis Tembak Isteri Kemungkinan Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.