in

“Ketagih game” – Remaja 12 Tahun Meninggal Dunia Lepas Alami Gangguan Saraf Akibat Radiasi ‘Smartphone’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Generasi muda dan online game memang tak dapat dipisahkan. Jarang lah jumpa remaja atau kanak-kanak yang tak pernah main game ni kan. Kalau pandai bahagi masa antara pelajaran dan hobi, tak ada masalah pun kalau nak main game ketika masa terluang.


Namun, jangan lupa yang setiap hobi pun ada hadnya juga. Menurut Tribunnews, seorang remaja lelaki yang berusia 12 tahun di Desa Salam Jaya, Subang, Jawa Barat maut akibat ketagih permainan online ni.

Difahamkan, Raden Tri Sakti,12, memang suka main online game setiap hari. Menurut ketua kampung, Sertu Sugeng, mangsa telah dibawa ke Hospital Siloam Purwakarta pada bulan lalu oleh keluarganya sebab dia sering mengadu sakit kepala.

Ketika itu, mangsa telah dirawat di hospital selama 16 hari namun tiada sebarang perubahan. Kaki dan tangan mangsa juga tak boleh digerakkan langsung jadi mangsa kemudiannya dibawa pulang ke rumah. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 23 Februari lalu di rumah.

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam kejadian yang menimpa mangsa, doktor yang memeriksa remaja itu mengatakan dia meninggal dunia akibat gangguan saraf yang berkemungkinan berpunca daripada radiasi smartphone. Katanya, ia mungkin berlaku akibat pendedahan yang terlalu lama kepada telefon pintar.

Rasanya okay je kalau korang nak main game namun kena pandai hadkan masa penggunaan. 

Baca: “Mak bapak pun biar je” – Tangan Remaja Lumpuh Lepas Main Game 22 Jam Setiap Hari Selama Sebulan

Sumber: Tribunnews
Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.