Kini sedang hangat diperkatakan isu pasangan pengantin baharu, Neelofa dan PU Riz yang didakwa merentas negeri atas alasan untuk bekerja, tapi tak pasal-pasal pula ada artis lain yang terkena tempiasnya.
Baru-baru ini, netizen dikatakan ‘memetik’ nama satu lagi pengantin baru iaitu Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif yang katanya berada di Langkawi juga dan sedang berbulan madu. Uish biar betul!
“Kesian nak bash orang tapi tak buat research” – Intan
Pantas menjawab spekulasi netizen, Intan menerusi akaun Twitternya telah meluahkan rasa geram terhadap sesetengah netizen yang melemparkan tuduhan tidak berasas mengatakan dia sedang berbulan madu walhal pelakon tersebut kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama.
Malah tindakan Intan yang membawa suaminya, Harris ke Langkawi juga dipersoalkan netizen tetapi pelakon ini sempat menjelaskan tiada salahnya dia membawa suami ke sana untuk membantu menguruskan hal-hal penting berkenaan dirinya semasa sedang ‘shooting’.
Dalam pada itu, Intan juga ada memuat naik gambarnya di Instagram ketika berada di Langkawi dan sedang menjalani penggambaran di sana.
https://www.instagram.com/p/CNFYOy7AxpO/
https://www.instagram.com/p/CMoLW5sghBP/
Aduhai tak pasal-pasal pula dituduh rentas negeri untuk berbulan madu ye… Lain kali netizen kenalah siasat betul-betul dulu sebelum buat tuduhan.