Di bulan yang mulia ini, kebanyakan daripada kita digalakkan untuk buat amal kebaikan dan bersedekah. Sebab pahala yang kita dapat pastinya berganda-ganda. Kan bulan Ramadan ni, kan…
Tapi tak sangka pulak, di bulan yang baik ni masih ada yang berperangai seperti syaitan. Baru-baru ni, viral di Facebook kes seekor lembu bunting telah disembelih, dagingnya diambil dan kantung bayinya dibuang macam tu je kat atas tanah. Allahu… apa masalah orang ni!
Lembu bunting disembelih di lokasi, pencuri ambil daging je dan organ ditinggalkan di lokasi
Menurut mStar, sebuah keluarga hari ini telah dikejutkan dengan berita sedih selepas seorang suspek yang tak berperikemanusiaan telah menyembelih seekor lembu bunting.
Lebih mengejutkan, lembu tu bukan je dicuri dari kandangnya. Si pencuri ni jugak dengan beraninya menyembelih haiwan ternakan tersebut on the spot di lokasi terbabit serta ambil dagingnya saja dan membuang organ-organnya. Uish gilalah!
“Memang ada banyak kes curi lembu, tetapi kes curi dan sembelih lembu bunting di kandang macam ni tak pernah berlaku”
Kejadian yang terjadi di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan ni dikatakan pertama kali berlaku dan penduduk di kawasan tu memang terkejut habislah bila tengok keadaan kantung bayi lembu yang dibuang macam tu je kat atas tanah.
Menurut pemilik ternakan lembu terbabit, Wan Fadhilah Wan Mahmud, keluarganya memelihara sebanyak 5 ekor lembu dan tugas memelihara haiwan ini telah diambil ahli oleh ibunya, Esah Latiff, 66, semenjak ayahnya meninggal dunia pada tahun 2000.
“Pagi Isnin selepas mak balik dari kandang yang terletak lebih kurang 3 km dari rumah, dia beritahu seekor lembu kami kena sembelih.
“Lebih sedih, lembu yang kena sembelih tu dalam keadaan bunting dan ini kali pertama ia bunting selepas 3 tahun kami memeliharanya.
“Memang ada banyak kes curi lembu, tetapi kes curi dan sembelih lembu bunting di kandang macam ni tak pernah berlaku. Lembu-lembu kami jenis yang tinggal dalam kandang dan tak ganggu laluan atau tempat tinggal orang lain,” katanya.
“Marah lebih-lebih pun tak ada yang selesai juga…. cuma rasa terkilan, bulan puasa pun ada juga buat kerja macam ni”
Kata Wan Fadhilah, emaknya lah orang yang paling sedih lepas mengetahui apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga terpaksa reda dan tak menyangka perkara macam ni tetap berlaku walaupun di bulan yang mulia ini.
“Paling sedih emaklah kerana setiap hari, 3 kali sehari dia akan membonceng tong air menggunakan motosikal untuk diberikan kepada lembu-lembu itu.
“Marah lebih-lebih pun tak ada yang selesai juga. Kami terpaksa menerimanya dengan hati terbuka. Cuma yang saya terkilan, bulan puasa pun ada yang buat kerja macam ni,” tambahnya lagi.
“Masalahnya makan yang haram jadi daroh daging. Sian ko anok bini weh. Pah mano hok terbeli tuuu”
Ish jadi takut pulak min kalau terbeli daging lembu curi ni. Tapi kalau kita tak tahu, takpe kan? Aduh…