in

“Kes saya ditangguh hari ni saja” – Zahid Hamidi Pantas Jelaskan Keadaan, Bukan Niat Untuk Tangguh Kes Di Mahkamah

Jahid Hamidi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sebentar tadi, berita melaporkan yang perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi Datuk Seri Zahid Hamidi telah ditangguhkan atas sebab Zahid ‘diperlukan’ dalam perbincangan pembentukan kabinet baru bersama PM ke 8.


Laporan tersebut menimbulkan sedikit rasa tak puas hati netizen yang rata-rata merasakan pemimpin UMNO ni cuba untuk melarikan diri daripada kesnya dibicarakan.

Er Sffyu8Aip2Zr

Pun begitu, Datuk Seri Zahid sepantas kilat kemudian mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya dengan menyatakan sebab dia terpaksa menangguhkan perbicaraan kes tersebut.

 

“Kes saya ditangguhkan untuk hari ini sahaja” 

Zahid menyatakan 5 point penting di dalam posting Facebook bahawa kesnya hanya ditangguhkan pada hari ini sahaja dan ia akan disambung seperti biasa esok. 

Malah tambahnya lagi, kes tersebut tidak akan digugurkan kerana beliau ingin membersihkan diri di mahkamah tanpa pengguguran kes.

1. Kes saya ditangguhkan untuk hari ini ( Isnin 2/3/2020 ) sahaja.2. Esok, kes akan disambung semula seperti…

Posted by Zahid Hamidi on Sunday, March 1, 2020

 

Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk ini juga sempat memuat naik kenyataan rasmi di Twitter dengan mengatakan beliau kini penuh istiqamah dalam menghadapi pertuduhan politik dan terpilih kerajaan terdahulu. 

 

“Saya sarankan dato jangan duduk dalam kabinet” – Netizen

Kenyataan Datuk Seri Zahid ini telah mendapat sokongan daripada pengguna Facebook meskipun ramai yang menasihatkan supaya Presiden UMNO ni untuk tidak dilantik apa-apa jawatan di dalam kabinet disebabkan kes tersebut.

Kabinet

Baguslah kalau masih nak teruskan kes di mahkamah tu. Harap-harap tak adalah yang cuba drop case. 

Baca: “Diperlukan untuk bentuk kabinet” – Hakim Benarkan Perbicaraan 47 Tuduhan Zahid Hamidi Ditangguh

Zahid Bicara

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.