Kes Pembunuhan Kejam Junko Furuta : Dinamakan ‘Neraka 44 Hari’ Ekoran Penyeksaan Dahsyat Tahap Luar Kewarasan Akal Manusia.

Rasanya dalam zaman sekarang ini, masyarakat dah lali dengan kes-kes pembunuhan tapi apa yang membelenggu fikiran mereka termasuk admin ialah kenapa ‘penjenayah’ ini sanggup membunuh? Adakah kerana dendam? Atau kepuasan dan keseronokan?

Baru-baru ini admin ada terbaca mengenai satu kisah pembunuhan di Jepun yang sangat tragik dan menyayat hati iaitu Kisah Pembunuhan Junko Furuta!

**Artikel kali ini agak panjang dan mempunyai gambar-gambar yang kejam serta sadis, make sure korang bersedia untuk baca dan tengok gambar-gambar tu okay.

Admin ulang, ini merupakan kisah pembunuhan kejam terhadap seorang gadis yang terpaksa melalui ‘detik-detik hitam’ sebelum akhir hayatnya, make sure korang tak makan waktu baca artikel ni okay.

Siapa Junko Furuta

Furuta merupakan seorang pelajar sekolah tinggi Yashio-Minami berusia 16 tahun, dia dilahirkan di Misato, Saitama Jepun dan merupakan seorang pelajar yang digilai ramai di sekolahnya kerana kecantikan yang dimilikinya

Namun kecantikan itu tidak menjadikan dia disayangi ramai sebaliknya geng-geng samseng memandang rendah pada Furuta sebab dia ‘suci’ dari rokok, minuman keras mahupun dadah.

Salah seorang remaja samseng tersebut ialah Hiroshi Miyano, tapi walaupun dia ni pandang rendah pada Furuta, Hiroshi sebenarnnya dah lama memendam rasa cinta pada gadis ini, sayangnya ‘confession’nya ditolak sebab Furuta tidak mahu terlibat dalam sebarang hubungan cinta.

Of Course Miyano rasa ‘bitter’ bila cintanya ditolak Furuta, tapi life must go on kan.

Haa lupa admin, nak beritahu korang yang Miyano ni ada pertalian dengan kumpulan Yakuza tau (info penting).

Permulaan Kisah Tragis Furuta

Tanggal 22 November 1988, bermulanya detik hitam dalam diari hidup Furuta, waktu itu dia dalam perjalanan ke tempat kerja selepas tamat sesi persekolahan namun belum sempat sampai di lokasi yang dituju dia diculik oleh empat remaja samseng.

Dia kemudiannya dilarikan ke Ayase yang terletak di wilayah Misato dan Adachi di Tokyo, jarak dari Misato (tempat tinggal Furuta) ke Ayasa ni ambil masa kira-kira satu jam.

Sampai je di Ayase, Furuta disembunyikan dalam sebuah rumah yang juga milik Minato Nobuharu iaitu salah seorang daripada empat penjenayah yang terlibat dalam penculikan Furuta.

So bagi mengelakkan perbuatan jenayah mereka diketahui oleh keluarganya, Nobuharu memperkenalkan Furuta sebagai kekasih kepada salah seorang rakannya.

Kira-kira 5 hari kemudian iaitu 27 November, ibu bapa Junko Furuta membuat laporan polis tentang kehilangan anak gadis mereka.

Sah-sah la geng-geng penjenayah ni gabra bila dapat tau ada usaha mencari Furuta dilakukan, so dorang pun memaksa Furuta untuk membuat panggilan kepada ibunya dan memaklumkan kepadanya bahawa beliau berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Tak cukup dengan itu, dia juga dipaksa untuk memberitahu kepada ibunya supaya operasi mencarinya dihentikan.

Pada masa sama, Furuta dah diugut oleh geng penjenayah ni, kata mereka jika Furuta cuba untuk melarikan diri, sekumpulan Yakuza akan datang ke rumah beliau dan membunuh ahli keluarganya.

So nak tak nak dan demi keselamatan ahli keluarganya, Furuta terpaksa ikut arahan penculik-penculik tersebut.

Okaylah! Sebelum korang tanya kenapa keluarga Minato Nobuharu tak laporkan pada polis yang Furuta ada kat rumah diorang, baik admin explain awal-awal.

Actually, keluarga Minato tidak berani untuk masuk campur dalam hal penculikan Furuta ni sebab mereka tahu akan pertalian Hiroshi Miyano dengan kumpulan Yakuza, selain itu Nobuharu ni merupakan seorang anak yang sentiasa menyakiti ibu bapanya.

Neraka 44 Hari, siksaan tahap luar kewarasan akal

Haa korang mesti tunggu part ‘Neraka 44 Hari’ yang admin beritahu kat tajuk tu kan? Okay ini admin share dekat korang apa yang dimaksudkan dengan neraka tu.

Sepanjang berada di dalam tahanan (di rumah Minato Nobuharu), Furuta telah diseksa dan dirogol dengan sangat kejam dan brutal. Berikut merupakan antara seksaan-seksaan dahsyat yang diterima oleh Junko Furuta:

Hari Pertama:

  • Mangsa diculik dan dirogol lebih 400 kali oleh keempat-empat penculik
  • Kebuluran dan kekurangan nutrisi
  • Lipas dan air kencing sendiri adalah makanan dan minumannya
  • Dipaksa melakukan onani
  • Dipaksa berbogel di hadapan para penculik
  • Dibakar dengan pemetik api
  • Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

Hari ke-11

  • Dipukul berulang-ulang kali secara bergilir
  • Mukanya diletakkan di lantai konkrit dan para penculik melompat di atas kepalanya
  • Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan beg penumbuk (punching bag)
  • Darah memenuhi hidung dan hanya boleh bernafas melalui mulut
  • Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
  • Muntah ketika minum air (perutnya sudah tidak dapat menerima makanan)
  • Ducucuh rokok di lengan kerana cuba melarikan diri
  • Cecair mudah terbakar dicurahkan di atas kakinya, lalu terbakar
  • Botol dimasukkan ke dalam dubur mengakibatkan kecederaan

Hari ke-20

  • Sukar berjalan kerana luka terbakar yang teruk pada kaki
  • Dipukul dengan buluh
  • Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
  • Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
  • Dipukul dengan kayu golf
  • Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
  • Dipukul dengan batang besi berulang kali
  • Dipaksa tidur di balkoni pada musim sejuk
  • Batang besi pemanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan teruk

Hari ke-30

  • Lilin panas dititiskan di muka
  • Kelopak mata dibakar menggunakan pemetik api
  • Bahagian dadanya dicucuk jarum
  • Puting buah dada kiri dipotong dan dihancurkan dengan playar
  • Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan (Mentol panas itu kemudiannya meletup di dalam kemaluan Furuta)
  • Pendarahan teruk pada kemaluan akibat dimasukkan gunting
  • Mengalami kesukaran membuang air kecil
  • Mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas kerana mengalami kecedaraan yang teruk
  • Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
    Saiz otak mengecut

Hari ke-40

  • Merayu kepada penculik untuk membunuh sahaja dirinya

Hari ke-44

  • Penculik bertindak memukul Furuta dengan pemberat kerana bengang tewas kepada gadis itu dalam permainan Mahjong, so disebabkan itu darah keluar mencurah-curah dari hidung dan mulutnya.
  • Tidak cukup dengan itu, mereka mencucuh api lilin ke muka dan matanya.
  • Minyak dicurahkan pada kaki, ketiak dan perutnya dan kemudian dihidupkan api. Penyeksaan terakhir ini dilakukan selama dua jam.
  • Keesokannya, dia menghembuskan nafas terakhir seorang diri dengan keadaan yang nazak.

Mayat Furuta disimen dalam tong berisipadu 208 liter

So disebabkan Furuta dah teruk diseksa sehingga mati, empat orang penjenayah ini takut lah, nak tutup perbuatan dorang, mereka pun bungkus mayat Furuta dengan selimut dan menyumbatnya ke dalam sebuah beg pakaian.

Tak cukup dengan itu, dorang kemudiannya meletakkan mayat Furuta di dalam tong berisipadu 55 gelen (208 liter) dan mengisi tong tersebut dengan konkrit basah.

Sekitar jam 8 malam, tong itu kemudiannya dimuatkan dan dilupuskan ke dalam trak simen di Koto, Tokyo.

Pembunuh Junko Furuta akhirnya dikenalpasti

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, keempat-empat penjenayah tersebut akhirnya telah ditangkap namun mahkamah buat keputusan supaya nama kesemua pelaku tidak didedahkan sebab mereka masih dikategorikan sebagai pesalah juvana.

  • Hiroshi Miyano : Berumur 18 tahun semasa waktu jenayah dilakukan. Mengubah nama kepada Hiroshi Yokoyama.
  • Jo Ogura : Berumur 18 tahun semasa waktu jenayah dilakukan. Mengubah nama kepada Jo Kamisaku.
  • Nobuharu Minato : Berumur 16 tahun semasa waktu jenayah dilakukan.
  • Yasushi Watanabe : Berumur 17 tahun semasa waktu jenayah dilakukan.

Bagaimanapun, para wartawan daripada majalah Shukan Bunshun menyiarkan nama para pesalah ini di dalam majalah mereka kerana bagi mereka, setelah apa yang telah dilakukan terhadap mendiang Junko Furuta, sesiapa pun tidak berhak untuk menegakkan apa-apa hak asasi manusia ke atas mereka.

Kerana apa yang dilakukan keempat-empat remaja ini disifatkan sebagai terlalu kejam dan zalim.

Difahamkan pada ketika itu mereka dijatuhi hukuman penjara masing-masing 8 tahun bagi 3 daripada mereka, manakala ketua kepada pembunuhan itu dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun namun dia membuat rayuan supaya hukuman itu diringankan,hakim sebaliknya menaikkan tempoh penjara daripada 17 tahun kepada 20 tahun.

Baca : 5 Kisah Pembunuh Bersiri Paling Kejam Dan Sadis Dalam Sejarah Dunia, No.4 Paling Brutal!

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.