5 Kisah Pembunuh Bersiri Paling Kejam Dan Sadis Dalam Sejarah Dunia, No.4 Paling ‘Brutal’!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kali ni admin rasa rajin sikit nak tulis pasal kisah pembunuh bersiri yang paling kejam dalam sejarah dunia.

Senarai yang admin tulis kat bawah ni selepas melakukan kajian dan pembacaan sikit, supaya boleh kongsi dengan korang.

Cuma admin nak inform awal-awal yang artikel ni agak panjang jadi admin mintak korang luangkan masa untuk baca okay.

1. Daniel Camargo Barbosa

Si Daniel ni spesis pembunuh bersiri yang buat serangan seksual kemudian bunuh mangsa, so sehingga dia ditangkap seramai 150 gadis remaja di Colombia dan Ecuador telah menjadi mangsa kerakusan lelaki itu sepanjang tahun 70an dan 80an..uishhh banyak tu, dah lah semua gadis.

Tak lama kemudian, Daniel ni dipenjarakan tapi dapat melepaskan diri dan sempat membunuh lagi 72 remaja perempuan sepanjang tempoh dia ‘bebas’ tersebut.

Tapi orang kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, Danial kemudiannya ditahan semula di Quito.

Pada 1989 dia disabitkan kesalahan dan mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 16 tahun ke atas Daniel, tapi tak sempat habis tempoh hukuman pada 1994 Daniel dibunuh seorang banduan yang merupakan sepupu kepada salah seorang mangsa bunuh Daniel.

2. Dr. Harold Fredrick Shipman

Dr Harold merupakan seorang doktor berbangsa Inggeris dan dikenali sebagai tokoh yang disegani dalam kalangan masyarakat pada waktu itu.

Namun namanya diangkat sebagai ‘pembunuh bersiri paling kejam’ selepas dia telah ‘mengorbankan’ 250 orang mangsa rata-ratanya wanita warga emas sepanjang kerjayanya sebagai seorang doktor.

Bagaimana? Dr Harold ni menyuntik diamorphine dengan dos yang merbahaya sehingga boleh bawa maut ke dalam badan pesakitnya, lepas tu dia palsukan wasiat mangsa bagi mendapatkan harta mereka sebelum sahkan proses pembakaran mayat, of course la nak hapuskan bukti..dah lah membunuh, lepas tu curi harta mangsa lagi.

Namun kantoi lepas pihak pengurusan mayat persoalkan angka kematian yang tinggi di kawasannya sebelum mereka buat post mortem dan disahkan semua mayat tersebut ada kandungan diamorphine dalam sistem badan.

Lepas je disabitkan bersalah, mahkamah jatuhkan hukuman penjara seumur hidup keatas Dr Harold, bukan sekali guys tapi sebanyak 15 kali, tapi Dr Harold ambil tindakan lebih ‘bijak’ dengan menggantung diri pada tahun 2004 dalam sel penjaranya di Penjara Wakefield.

3. Gary Ridgway

Gary berasal dari Amerika Syarikat dan merupakan pembunuh bersiri prolifik sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an di sekitar Washington.

Tapi pada tahun 2001, Gary diberkas pihak polis atas tuduhan 4 kes bunuh, haa kat situlah dia kantoi dah bunuh 70 wanita sepanjang tempoh tersebut, selepas dia buat pengakuan tersebut pada pihak polis.

Apa yang baiknya kat Gary ni, dia bagi kerjasama yang cukup baik kepada pihak polis sehingga mereka menjumpai lokasi pembuangan mayat-mayat yang dibunuh Gary.

Sebelum admin terlupa, si Gary ni digelar sebagai “The Green River Killer”, mesti korang nak tau sebab apa kan? Sebabnya 5 mayat yang dibunuh Gary, dibuang di kawasan Green River.

So disebabkan kerjasama baik yang diberika Gary kepada pihak polis, dia terlepas daripada hukuman mati bagaimanapun dia dipenjarakan seumur hidup atas sabitan kesalahan membunuh 49 mangsa.

4. Pedro Alonso López

Pedro merupakan antara pembunuh bersiri paling kejam dengan jumlah kes yang paling tinggi iaitu 300 mangsa terdiri daripada kalangan gadis di seluruh Amerika Selatan.

Modus operandinya ialah dengan goda mangsa, kemudian tarik mereka ke kawasan sunyi atau bangunan terbengkalai sebelum buat serangan seksual dan mencekik mangsa hingga mati.

Tapi akhirnya segala perbuatannya terbongkar lepas dia gagal dalam salah satu cubaan menculik.

Dia mengaku dah bunuh lebih 300 mangsa, pada mulanya polis tak percaya tapi lepas tu mereka percaya kata-kata Pedro selepas berlaku kejadian banjir kilat yang telah ‘mendedahkan’ satu kubur yang menyimpan mayat mangsa kekejaman Pedro, dalam jumlah yang ramai..perghh psikopat ke apa mamat ni?

Pedro disabitkan kesalahan dan dihukum penjara di Ecuador selama 18 tahun sebelum dihantar ke penjara Colombia dan dipenjarakan seumur hidup.

5. John Wayne Gacy

John Wayne Gacy atau Pogo The Clown telah membuat serangan seksual dan membunuh 33 orang lelaki muda dan remaja lelaki dalam satu siri pembunuhan kejam antara tahun 1972 hingga 1978 di Chicago.

Apa yang dia buat ialah, dia akan memancing mangsa datang ke rumah dengan menjanjikan wang atau pekerjaan sebelum membunuh mereka dengan mencekik menggunakan torniquet.

26 mangsa telah ditanam di dalam ruang di bawah rumahnya dan mayat selebihnya dibuang ke dalam Sungai Des Plaines.

John telah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun sebelum dihukum mati menggunakan suntikan maut pada tahun 1994.

Baca : Pedrinho Matador : Si Pembunuh Bersiri Yang Baik Hanya Jadikan Penjenayah, Perogol Dan Pembunuh Sebagai Mangsanya.

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.