in

Kes Pelajar Dipukul: Kakak Mangsa Dedah Kisah Sebenar, Adik Takut Mengaku Dibuli

Ft Kakak Mangsa Dedah Cerita Sebenar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, telah tular sebuah kes mengenai sekumpulan pelajar yang telah bertindak memukul seorang pelajar, kejadian dipercayai telah berlaku di Kemensah Height Embun, Kemensah Trak Motocross Taman Melawati, Kuala Lumpur.


Hari ini, mStar melaporkan kakak kepada mangsa yang dikenali sebagai Nisha berkata, adiknya yang merupakan pelajar tingkatan tiga telah cedera di muka, dagu dan tengkuk akibat dibelasah empat pelajar senior.

Adiknya yang merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik itu bukan sahaja mengalami kecederaan fizikal namun, dia juga menunjukkan perubahan sikap sejak kejadian tersebut berlaku.

Screenshot 11 1 2

“Dia jadi macam tak banyak bercakap dan lebih gemar menyendiri pada beberapa hari pertama selepas insiden itu viral. Selera makan pun berkurang… mungkin sebab rahangnya sakit.”

“Disebabkan kejadian tu dah berlaku tiga hari sebelumnya, maka kesan pukulan tak berapa nampak kecuali ada parut luka dekat kening dan lebam juga,” kata Nisha.

Bagaimanapun, Nisha menzahirkan rasa syukur apabila doktor memberitahu bahawa adiknya itu tidak mengalami apa-apa kecederaan serius dan ibunya juga tidak membenarkan adiknya ke sekolah selagi belum betul-betul sembuh.

“Baru-baru ini nampak keadaannya okay sikit.. saya bawa dia keluar supaya dia tak habiskan masa seorang diri saja,” ujarnya.

2068778

Difahamkan, serangan terhadap mangsa bermula di sekolah mereka kira-kira jam 9.30 pagi dimana mangsa ditumbuk dan ditendang di belakang oleh pelajar berkenaan sebelum mangsa diugut dan diminta ke Trek Motocross Kemensah pada jam 3 petang untuk dibelasah sekali lagi.

“Pada hari kejadian, adik saya beritahu kami dia nak main futsal waktu petang. Apabila dia dihantar pulang ke rumah oleh rakannya selepas dipukul, dia beritahu nenek yang dia terjatuh ketika main futsal.”

Nisha turut berkata keluarganya dimaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, dia turut berasa terkilan kerana ibu bapa kepada dua daripada empat pelajar yang didakwa memukul adiknya, langsung tidak menunjukkan diri apatah lagi meminta maaf.

“Masa dekat balai polis, ibu bapa kepada dua pelajar tersebut ada datang minta maaf, tapi yang ibu bapa kepada dua lagi pelajar tak ada pun hubungi kami sampai sekarang. Ingat adik saya tak ada mak bapa? Tolong bersemuka dengan kami.”

“Pendek kata, kami mahu kes ini diambil serius kerana kami mahukan keadilan ditegakkan. Kami akan berjuang sehabis daya untuk adik,” jelasnya.

Harap kes ni dapat diselesaikan dengan elok..

Baca :  Tular Video Pelajar Sekolah Dipukul Beramai-ramai, Didakwa Gara-gara Tak Hormat ‘Senior’

Buli Taman Melawati 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.