in

Kes Kematian Wanita Mengandung Naik Mendadak, Dr Hisham Seru Ibu Hamil Segera Ambil Vaksin

Collage 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyeru semua ibu hamil untuk mengambil vaksin.



Ini kerana, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes kematian dan jangkitan teruk yang melibatkan wanita hamil telah meningkat secara mendadak ekoran kadar pendaftaran vaksin yang rendah melibatkan golongan ini,

Kenyataan ini dibuat susulan berita kematian penyanyi Siti Sarah yang meninggal akibat Covid-19 ketika hamil anak bongsunya, lapor MalaysiaKini.

Memandangkan ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

“KKM menyeru semua ibu hamil untuk mendapatkan vaksin bagi mengurangkan risiko komplikasi sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Para suami mestilah memberi sokongan kepada pasangan bagi memastikan mereka mendapat suntikan vaksin Covid-19.”

Tambahnya lagi, setakat 9 Ogos lalu, seramai 70 wanita hamil telah meninggal akibat Covid-19. Tahun lepas, tiada kematian melibatkan golongan ini namun sejak Januari hingga Mei, terdapat purata dua kematian direkodkan.

Dr Hisham Seru Wanita Hamil Ambil Vaksin

Bagaimanapun, berlaku peningkatan kes kematian mendadak dilaporkan sejak bulan Jun 2021 iaitu sebanyak 17 kes kematian. Data menunjukkan dua kes daripada jumlah tersebut telah menerima dos pertama vaksin, manakala sebanyak 15 kes yang lain tidak menerima vaksin.”

Selain itu, Dr Hisham mengatakan yang wanita hamil lebih berkemungkinan untuk masuk ke dalam ICU berbanding pesakit lain.

Analisis terperinci menunjukkan nisbah kes ibu hamil dijangkiti Covid-19 yang menerima rawatan rapi berbanding jumlah pesakit Covid-19 kritikal ialah satu dalam 20.

“Nisbah ini jauh lebih tinggi berbanding nisbah jangkitan ibu hamil dalam populasi umum iaitu satu dalam 220.”

Manakala hanya 146,759 wanita hamil telah mendaftar untuk vaksinasi setakat 8 Ogos dan jumlah tersebut hanya merupakan 40% daripada seluruh wanita hamil di Malaysia.

Dr Hisham turut meminta wanita hamil untuk menghubungi klinik kesihatan berhampiran bagi mempercepatkan proses vaksinasi.

Untuk pengetahuan korang, garis panduan KKM menyatakan wanita hamil perlu menerima dos pertama dos pertama antara minggu 14 hingga 33 kehamilan mereka.

Wanita hamil juga turut dinasihatkan untuk pergi ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) jika disahkan positif walaupun tak mehalami apa-apa gejala.

 

Baca: “Hospital diam je” – Wanita Sarat Mengandung Meninggal Dunia, Pihak Hospital Enggan ‘Admit’ Sebab Tak Cukup Katil

Screenshot 2021 08 12 At 11.52.41 Am

Sumber: Kompas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.