“Hospital diam je” – Wanita Sarat Mengandung Meninggal Dunia, Pihak Hospital Enggan ‘Admit’ Sebab Tak Cukup Katil

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Seorang wanita 39 tahun dari China meninggal dunia selepas pihak hospital enggan untuk terimanya hanya dengan alasan ‘tak cukup katil’

Lapor World Of Buzz, suami bawa isteri yang sarat mengandung itu pada pagi minggu lepas mendapati muka isterinya bengkak. Selepas pihak doktor periksa, wanita berkenaan harus ditahan di hospital walaupun tidak menyatakan sebarang sebab.

 

Tak cukup katil, suruh pergi hospital lain

Sumber : WOB 

Bagaimanapun, pihak pengurusan hospital tak dapat nak terima wanita itu sebab tak cukup katil dan harus cari hospital lain.

Tapi memandangkan wanita itu selalu buat check up dekat hospital itu, dia dan suaminya membuat keputusan untuk terus tunggu dengan harapan doktor boleh membenarkannya masuk ke dalam wad.

Tunggu sampai pukul 1 tengah hari, pasangan ini membuat keputusan untuk pulang ke rumah, namun air ketuban dia pecah saat dalam perjalanan ke rumah. Mereka terpaksa patah balik ke hospital tersebut dan terpaksa diusung dengan kerusi roda.

 

Doktor tak layan

Namun, walaupun dah ada pendarahan dekat wanita tersebut, doktor masih tidak menumpukan perhatian kepadanya. Dia terpaksa menunggu sehingga 30 minit untuk dapat pemeriksaan doktor.

Wanita itu dibawa ke bilik operasi pada pukul 2 petang, dimana dia terpaksa menjalani C-section. Menurut doktor, bayi dalam kandungan itu mengalami jangkitan paru-paru dan kesukaran bernafas.

Kemudian, wanita itu terus dipindahkan ke unit rawatan rapi sambil ditemani oleh suaminya kerana tekanan darah tinggi dan pendarahan pada rahim.

 

Meninggal dunia, pihak hospital buat tak tahu

Sumber : WOB

Selepas 6 hari, keluarga tidak dibenarkan untuk menjenguk bayi mereka, tetapi kena bayar duit untuk kos perubatan.

Namun pada 5 November lepas, wanita tersebut meninggal dunia, mayat wanita itu disemadikan pada 7 November lepas. Walaubagaimanapun, sampai sekarang keluarga tak tahu punca kematiannya sebab pihak hospital ‘tutup mulut’.

Pihak hospital sekarang sedang menghadapi pertuduhan kerana kecuaian mereka dikatakan punca kematian wanita tersebut.

Pihak berkuasa yang berkaitan sedang menyiasat kes ini dan akan maklumkan keputusannya kelak.

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?